Monday, December 29, 2008



Alhamdulillah, kami telah selamat kembali dari menunaikan Fardu Haji pada 28 Disember 2008.

Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang boleh di kongsi bersama - Insya'allah.

Terima Kasih ke atas doa anda semua dan semoga kita akan bertemu lagi di lain siaran.

Wassalam,

Wednesday, November 12, 2008

Salam Korban !

Demi menyahut seruan Illahi, saya bersama isteri saya telah ditakdirkan menjadi tetamu Allah swt untuk menunaikan fardu Haji pada tahun ini bersamaan 1429 H / 2008 M.

Insya Allah, kami akan berangkat melalui Kelana Jaya malam ini dengan penerbangan KT42 terus ke Madinah.

Sebelum terlupa, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf Zahir & Batin sekiranya ada kekurangan dari pihak kami secara sedar atau tidak di sepanjang perkenalan kita. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah swt dan yg sebaliknya atas kelemahan kami berdua - antara insan2 yg lemah lagi hina di sisi Nya.

Doakan kami agar di beri tawfeek dan HidayahNya, kesihatan yang baik, kekuatan dan kemudahan yang berterusan serta sentiasa sabar dan tabah di sepanjang perjalanan kami menemui PenciptaNya yang Maha Suci.

Akhir Kalam, semoga semua jemaah haji Malaysia tahun ini menjadi contoh yang baik dan dianugerahkan dengan Haji Mabrur... Insya Allah.

Dengan izinNya, kami akan kembali ke tanahair pada 28 Dec 2008 - Insya Allah.

Wassalam,

Hazuli Hamzah
Noorlida Yusal Yusoff

Saturday, September 6, 2008

By now 10:44 hrs, Penang time, almost everything is back on track.

Puan Noorlida is seen resting on her recliner sofa with her eyes half close while Liyana is catching up with her pending school homework to be completed.

Tok Bu is downstairs with Mummy doing inventory check - usual chores after we had flash flood @ KM Resort.

Kak Ina & Ustaz Ismail just arrived to do some last minute visit plus a bit of enquiry & entertainment etc...

Insya Allah we shall resume our normal life for now and pray the weather will get better.

Wassalam,
Banjir Kilat telah melanda KM Resort kelmarin serta beberapa kawasan-kawasan rendah di sekitar bandar Georgetown.

Alhamdulillah, awal pagi ini 4.30 pagi air dah surut tapi hujan renyai masih turun sehingga subuh tadi.

Terima Kasih kepada pemuda2 kampung yang datang ke rumah2 sekitar KM Resort yang telah memberi sumbangan nasi sahur. Semoga tuan-tuan semua di beri ganjaran yang berlipat kali ganda dunia & akhirat.

Kerja2 perbersihan telah dimulakan oleh Tok Bu awal pagi tadi, insan yang paling berpengalaman di dalam urusan2 SAR (Search & Rescue).

Puan Noorlida Yusal & Liyana sekarang ini sedang sibuk membuat kerja2 pembersihan di sekitar rumah. Saudara Azul pulak masih liat untuk membantu :)

Kerna Terpaksa, Azul sekarang akan turun ke akar umbi untuk membantu kerja2 SAR yang di taja oleh Puan Noorlida sebentar tadi.

Until then, stay tune for next update...

Wasslam,

Monday, July 21, 2008


Event of the Week @ KLGCC !



We were invited last minute by Mamu Maideen & Naz to a Luncheon Talk by Datuk Seri Shahrizat Jalil last Sunday at KLGCC organised by Persatuan Kebajikan Melayu Pulau Pinang.

One of her comment during the Q & A session was "teruk sangat ke kerajaan kita sekarang ni sampai ada orang yang sama2 dalam kerajaan dulu nak guling kan kerajaan kita (BN) " she repeated "nak gulingkan kerajaan" apa ni? dengan nada yg amat serius.

Last but not least, as usual many thanks to Danau Desa Resort for having us as your guests. We'll sure come again in the near future. Not forgetting one night stay @ Ixora Resort was splendid after seeing Haqim the junior in Arham family already walking tall...

Overall, for Azul and his sleeping partner, it was still tight whole of last week and anticipate the same over next few weeks to go.

Cheers & wassalam.

Monday, July 14, 2008

Tazkirah ringkas dari Imam Al Ghazali, terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub - Bab 43 mengenai penting Takafur dalam kehidupan ini.

Allah Azza wa Jalla memuji orang-orang yg bertakafur.

"(iaitu) orang2 ynag mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadiaan langit dan bumi (sambil berkata) : Ya Tuhan kami, bukanlah Engkau jadikan ini dengan percuma." (Q.S. Ali Imran : 191)

Suatu hari Abu Syuraih berjalan lalu menangis. Dia di tanya, "mengapa engkau menangis?" Dia menjawap, "Aku memikirkan hilangnya umurku, sedikitnya amalku dan telah dekat ajalku." Abu Sulaiman berkata, "Biasanya matamu menangis dan hatimu merenung" Dia berkata lagi, memikirkan dunia merupakan hijab akhirat membuahkan hikmah dan menghidupkan hati." Hatim berkta, "Mengambil ibarat menambah ilmu, berzikir menambah cinta dan takafur menambah khauf (takut)."

Dari Ibnu Abbas mangatakan, "Memikirkan kebaikan meransang untuk mengamalkannya. Dan menyesali keburukan meransang untuk meninggalkannya."

Sampai ketemu lagi di lain siaran...

Wassalam,

Sunday, July 13, 2008


Salam dari KM Resort, Georgetown, Penang !





Sebelum saya ingatkan semula “posting” yg telah hilang kelmarin, tengahari tadi saudara Azul bersama isteri dan kakak iparnya telah berpeluang menyaksikan secara langsung untuk pertama kalinya persembahan biola anak bertuah dari KM Resort di New World Penang sempena dengan program pelancaran rasmi “I love Penang Brand”.

1. Anak Bertuah

Wow, tak sangka saudari Liyana sudah menjadi semi-pro – persembahan yg menghiburkan dan sudah pasti boleh diperbaiki lagi ke arah full fledge professional violinist di masa depan. Syabas to Liyana and keep up your good work ! On a serious note, stay focus on your first love to excel in you studies en route to your Medical course in India. The same place where Dr Sheikh Mudzaphar, the first Malaysian astronaut did his MBBS. We love you baby… J

2. Kursus Haji @ Mesjid Negeri


Pagi tadi, telah menghadiri kursus haji yg terakhir di Mesjid Negeri bersama sleeping partner saya. Secara tak rasmi, kalau tiada objection dari pihak CafĂ© @ The Lui, kita telah melantik saudara Sheikh Tawfeek Bajneed sebagai Ketua Rombongan (KR) sepanjang perjalanan ke Mekah nanti sekiranya dimaqbulkan hajat kita semua untuk menunaikan Rukun Islam yg kelima penghujung tahun ini. Semasa tea break bersama saudara KR pagi tadi, ada sedikit tazkirah berkisarkan isu entry Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr M semalam berkenaan “The Malaysian Social Contract” yg telah lama wujud semasa Negara di dalam proses mencapai kemerdekaan dulu. Kalau ada yang terlepas, sila semak balik dan bagi komen anda di demi masa depan Malaysian Malay yg lebih terjamin. Tugasan ini akan lebih bermakna jika saudara Izmil Amri yg baru kembali dari Perth tu dapat meluangkan sedikit masa untuk membuat analisa terperinci apakah genarasi yang sebaris dengan dia akan lakukan demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara yg bertuah ini ?

KR telah berpesan lagi pagi tadi agar semua jemaah haji dibawah jagaannya untuk mempersiapkan diri masing2 dari segi mental, fizikal dan tak lupa dari sudut persiapan spiritual. Pesanan khas kepada mereka yg ada lebihan berat badan untuk memulakan “Effective Weight Management Program” dari sekarang supaya badan kita lebih ringan semasa di Mekah nanti. “Doa, Doa dan doa banyak2” pesan KR semoga semua jemaah dibawahnya dimaqbulkan hajat mereka.

Menurut KR lagi, pihak Tabung Haji Penang akan menganjurkan dua sessi lagi iaitu Kursus Intensif & Kursus Perdana dalam masa terdekat ini secara berasingan di Penang untuk bakal2 haji yg telah disahkan akan berangkat ke tanah suci tahun ini. Tarikhnya akan diberitahu kelak – Insyallah.

Untuk makluman semua, bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal kami, saudara Azul dan pasangannya akan memulakan “Rapid Result Training Program (RRT)” di Celebrity Fitness Centre di Gurney Plaza, Penang mulai esok sehingga ke tarikh berangkat ke Mekah nanti sekiranya mendapat keizinan dari Yang Maha Esa. Program ini akan di pantau oleh saudara Yus, a trained trainer so that we’ll be doing the right things towards achieving the shared objective. Kepada sesiapa yang berminat untuk join-in, please do not hesitate to call us ok. Masa nya telah ditetapkan pada pukul 8am to 9am setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.




3. Warga Bebas dari “ 8.30am to 5pm daily routine”


Sebelum terlupa saya ingin memohon maaf kepada saudara dan saudari AYSA dan para bloggers yg ternanti-nanti entry saya sepanjang minggu lepas. Tak sangka pulak ada peminat di luar sana yg mengikuti perkembangan saya sejak kebelakangan ini J. Melawak je ya – saya pasrah di mana langit di pijak, di situ langit di junjung ! Perjuangan hidup ini masih jauh dari selesai…

Seminggu sudah berlalu sebagai warga bebas dari rutin 8.30 – 5pm memang menarik. Tiada lagi deringan telefon bimbit dan pesanan pendek (sms) dari pagi kadang2 berlarutan ke penghujung hari.

Biasanya di pagi Isnin saya akan menerima beberapa pesanan pendek pasal notis cuti sakit, cuti kecemasan dan sebagainya di kalangan warga Schenker Kulim. Yang herannya, saudara Azul tidak pernah gagal untuk ke pejabat terutamanya hari Isnin sebab padanya Isnin adalah hari keramat iaitu hari pertama untuk kita merancang tugasan untuk sepanjang minggu.

Sedikit latar belakang bagaimana keazaman yang membuak-buak timbul untuk keluar dari belenggu rutin 8.30 – 5pm.

3.1 Suatu hari ketika di berada di atas Feri dari Georgetown menghala ke Butterworth seterusnya ke Kulim beberapa bulan yang lalu.

Suara dalaman Azul bertanya „ Dah berapa tahun kau ulang-alik ke Kulim ni beb ? cuba kira dan mungkin kau terperanjat dengan angka yg kau dapat“

Sejarah silam lebih 8 tahun perjalanan ke pejabat biasanya bermula se awal 7 pagi. Hantar Liyana ke sekolahnya dulu sebelum bergegas ke Jeti untuk mengambil Feri atau kalau ada temujanji yg lebih awal, terus ke Jambatan Pulau Pinang menghala ke Kulim. Jarak perjalanan lebih kurang 100 km pergi dan balik secara puratanya mengambil masa 2 jam sehari.

Ianya akan melalui Bandaraya Georgetown, merentasi lautan, melalui dua lebuhraya bersama tiga Tol Plaza, sawah2 padi di selang-seli dengan Ladang Getah dan Kelapa Sawit sebelum sampai ke Kulim Hi-Tech Park (nama yang cukup sinonim dengan jiwa Azul dulu, kini dan selamnya).

Azul sebenarnya memang seronok dgn rutin ini lebih2 lagi apabila dapat berada di atas Feri awal pagi. Sesuatu yang anda tidak akan jumpa di mana-mana di Malaysia kecuali sekiranya anda tinggal di Penang Island dan bertugas di Seberang Perai atau sebaliknya. Kadang2 saya marah kepada orang2 Penang yg tidur di dalam kenderaan mereka sementara menanti Feri berlabuh. Pada saya, mereka ini tak sensitive langsung dengan kelebihan nature yang ada di persekitaran mereka. Orang2 KL akan lebih appreciative dgn benda2 macam ni like hell you know... sebab mereka di KL dari pagi hingga ke petang atau sepanjang hari akan hanya nampak kenderaan dan kesesakan serta di kelilingi dengan hutan batu sepanjang perjalanan mereka ke pejabat dan sebalikya.

Tak semena-mena, calculator dah pun berada di tangan saya . Nak tahu jawapannya? Ni dia beb :-

2 jam x 5 hari = 10 jam
10 jam x 52 minggu = 520 jam
520 jam x 8 tahun = 4,160 jam

Sekiranya kita membuat andaian dalam sehari kita mempunyai 8 jam masa yang produktif, maka kesimpulannya adalah seperti berikut :-

4,160 / 8 jam = 520 hari atau
520 hari / 365 = 1.4247 tahun atau = 1 tahun dan 5.0959 bulan

„The Moral of the Story“ sepanjang perjalanan pergi dan balik ke pejabat lebih 8 tahun lalu, tanpa saya sedari, saya telah bazirkan masa produktif saya selama setahun lima bulan lebih. Dan saya yakin ianya lebih banyak dari kiraan saya di atas sekiranya saya ambil kira masa saya berulang-alik dulu dari Port Klang / Penang selama lebih 4 tahun, waktu yg saya habiskan di padang golf bersama business associate saya dan sebagainya.

Tiba-tiba saya menjadi begitu calculative ke atas masa saya yg telah di ragut tanpa di sedari. Saya terbayangkan dengan masa yg terbazir itu, terlalu banyak benda2 yang produktif yg saya boleh lakukan seperti :-

i) Menjalin hubungan kasih sayang yang lebih rapat bersama pasangan saya – nyy adalah insan yang paling gembira dengan perubahan rutin saya setakat ini.
ii) Memantau kemajuan puteri tunggal kami secara yang lebih terancang.
iii) Merancang untuk menziarahi ibu dan ayah serta adik beradik yg dekat mahu pun yg jauh (walaupun ayah sudah tiada) lebih kerap sementara mereka masih ada.
iv) Merancang untuk lebih kerap menziarahi saudara-mara di sebelah pasangan saya dan saya sendiri sementara mereka masih bernyawa.
v) Lebih mengenali dan prihatin dengan masyarakat sekeliling saya
vi) Terus menjaga hubungan baik saya dengan sahabat2 perjuangan masakini dan masa depan dengan menziarahi mereka bila ada kelapangan.
vii) Lebih fokus dengan hala tuju profession saya sebagai Perancang Kewangan yg bertauliah yang berjaya di samping mempunyai beberapa rakan kongsi di dalam melaksanakan beberapa prospek projek perniagaan sediada dan masa depan.
viii) Ultimately, menjaga dan terus memperbaiki hubungan di antara hamba dengan PenciptaNya.





3.2 Masa itu Emas !


Rentetan dari event di atas, setelah bergelar warga bebas dari rutin biasa, memang benar lah firman Allah swt yg bermaksud :-

„ Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali kepada mereka yg beriman dan beramal soleh”

dari Surah Al-Asr;

Imbas kembali, saya insaf bahawa saya perlu banyak bermuhasabah diri ke arah mempersiapkan diri saya untuk lebih bijak menguruskan sisa-sisa kehidupan ini ke arah yang lebih baik. Dunia dan Akhirat…

Semoga Allah swt terus mencurahkan RahmatNya kepada kita semua…. Amin


3.3 Last week was well spent

To be honest, surprisingly, it was one of the busiest week I ever had in 2008 despite of the fact I was out or my normal routine.

Meeting few prospects both locally and internationally.

All-in-all, it was indeed quite satisfying week and looking forward to continue the momentum many weeks to come.

The key thing I have found was, the time spent was well balanced privately and professionally + the time was within your control !


4. The Beginning of “Financial Planning Program” designed for The Family of Yusal, Arham and AYSA !

Demi menyahut cabaran Puan Shahdee tempoh hari, I’m delighted to present a brief understanding on what Financial Planning is all about ?

4.1 First thing first, learn to live well below your means because Financial Planning is not a quick way to wealth.

4.2 A complete Financial Plan must dovetail the initiatives for an in-depth understanding over the following subject matter :-


4.2.1 Wealth Protection
4.2.2 Wealth Accumulation &
4.2.3 Wealth Distribution


Coming soon – Saudara Azul akan membuat posting yg lebih kerap on this special subjects within next few weeks - Insyallah.

Please be guided that as of 14th July 2008, Azul’s mobile # will change to + 6 012 385 7161 and email address will be at azul@e2ju.com

Until then & Stay Tune !

Saturday, July 12, 2008

Seminggu berlalu sebagai warga bebas dari tuntutan masa untuk ke pejabat awal pagi. Dalam masa yang sama tiada deringan telefon atau SMS

Sunday, July 6, 2008

The Price You have to Pay if you're heading to become a successful CEO of a company !

Among others... captured while I was still working as an employee.

1. Must be good leader of frightened people
2. Must have financial acumen
3. strong administrative skill
4. Thrust, and the courage to fire non-performer
5. Good salesman - responsible bringing new clients
6. Must be resilient in adversity
7. Above all, must have physical stamina to work > than 12 hours daily, dine out several times a week and spend half of his/her time in airplanes / travelling.

The morale of the story, today is my 1st day in my life not to be known as employee anymore :)FYI, I'm now a business owner and in the midst of taking small steps preparaing myself towards the above direction.

You can reach me via my new email address at azul@e2ju.com

Coming soon - what I have in store for you ?

Wassalam,

Monday, June 30, 2008

Breaking News !

Ini ada satu pengumuman PENTING !



Saudara Azul telah membuat keputusan untuk bersara awal dari Schenker setelah lebih 12 tahun berkhidmat dengan syarikat logistik gergasi dari Jerman. Satu keputusan yang amat memeranjatkan bagi kebanyakan rakan-rakan, sahabat-handai yg dekat mahu pun yg jauh mhu pun yg dekat seperti isteri tersayang... :)



Mengapa keputusan ini di buat ? di waktu negara sedang gawat mengharungi krisis kepimpinan dan dalam masa yg sama di dalam suasana ekonomi global yg tidak menentu dengan kenaikan harga beras, minyak, makanan, keperluan harian dan sebagainya. Tak boleh ke tunggu masa yg lebih sesuai? Persoalan yg amat bijak dan tepat pada waktu nya.



Tapi sebelum kita bicara lebih lanjut persoalan di atas, sedikit Tazkirah di pagi yg mulia ini.



Dari Kitab Mukashafah Al Qulub oleh Imam Al-Ghazali, Rasulullah SAW pernah bersabda :



"Lima orang yg mendapat murka Allah swt. Jika mahu Dia akan berikan kepada mereka di dunia atau Dia tempatkan mereka di Akhirat dalam Neraka.



1. Pemimpin yg merampas hak rakyatnya, tidak pernah ia menginsafi dirinya terhadap perbuatannya dan melakukan kezaliman ke atas rakyatnya.

2. Pemimpin yg ditaati kaumnya, namun ia tidak membezakan mana yg kuat dan lemah tetapi dizalimi serta berkata dengan hawa nafsunya.

3. Lelaki yg tidak pernah mementingkan isteri dan keluarganya untuk taat kepada Allah swt dan tidak mengajari mereka urusan agamanya.

4. Lelaki yg tidak memberi upah dengan cukup kepada pekerjanya.

5. Lelaki yg menganiaya dalam maharnya.


Semoga kita semua mendapat RahmatNya & berjumpa di lain siaran.

Komen Puan Shahdee untuk saya bergiat aktif dalam penulisan berkenaan subjek "Financial Planning" antara aktiviti harian saya dalam masa terdekat ini - Insha Allah.

Wassalam,

Tuesday, May 20, 2008



Is The New History in the Making very soon ?





1988 - Team A Vs Team B resulting to the formation of Semangat 46 & Umno Baru headed by Kuli & Dr M - then, just about to craft my career fresh from ITM. Umno & the Malays survived.





Sept 1998 - The sacking of DSAI as DPM by the then premier Dr M resulting to massive "Reformasi" movement & formation of the "Parti Keadilan" headed by Ex-DPM wife. Umno and the Malays survived... for the 2nd time during my era.





May 2008 - The political struggle between Ex-Premier Dr M Vs the current PM Pak Lah heading towards the end... what is the price for now ? will Umno & the Malays survived this time around ? something to be seen... just around the corner.





Bottom line, change will sure take place and everyone will have to be rational to accept changes with an open heart even if it is anticipated to be very painful. No one is indispensable and nothing will last forever.





Those who are on the frontliner, just ensure the damage control during the injury period is done as quick as possible because the "Rakyat" at large will be affected one way or another. More so, the world is watching how far we could withstand the heat both domestically and globally.





Moving forward, we shall survive by hook or by crook ok... no pain no gain, period !



Otherwise, the future of our next generation will be at stake ! e.g like the above cute toddler above who seems confused with his/her own identity. We had found him with an argument that he was a she during our pit stop in Malacca recently.

In any case, that's our nature who always like and never stop arguing and fight amongst ourselves.

All the Best to my beloved Nation, Malaysia - the best place to call home despite of whatever challenges before us.

Monday, May 19, 2008


Sunrise at Gurney Drive, Penang !
Cheers & Wassalam.

Wednesday, May 14, 2008

Saturday, April 19, 2008

Tuesday, April 8, 2008

Tak macam saudara Teddy Bear dan Untie dia yg kat Danau Desa tu, entry saya memang teramat jarang walaupun mempunyai terlalu banyak plan tapi masih tergantung. Contoh yg paling ketara, saya tahun ni dapat kad hari jadi yg amat istimewa dari yg tersayang. Memang saya plan nak coretkah ucapan & doa isteri saya sempena hari jadi saya yg ke-43. Dah masuk 40an rupanya. Tak sangka je... rasa macam mimpi di siang hari.

Here we go !

Bismillahirahmanirrahim (di tulis dalam jawi)

Ya Allah

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash,
Berikan aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang membimbing tanganku ketitianMu,
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.

Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu,
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu,
peliharalah tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya.

Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu,
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
kurniakan lah aku kekuatan MU untuk aku membetulkan keadaan.

Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandu lah aku untuk menrik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah...

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi cubaan Mu
Jadilah aku isteri yang disenangi suami
Bimbinglah aku menjadi isteri soleha

Ya Allah Ya Tuhan ku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa di hati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin......

(Doa dari seorang isteri khas untuk suami yang dikasihi sempena hari lahir yang ke-43)

Secara peribadi, saya teruja & terharu dengan ucapan & doa isteri saya yg tersayang. Semoga Allah swt memperkenankan hajat puan NYY - Insha Allah.

Friday, March 21, 2008

Agak lama terleka setelah menunaikan tanggungjawap warga Malaysia pada 8 March yg lalu. Rasa macam mimpi je... sedih ada, seronok pun ada. kekadang geram jugak bila mamat2 yg baru dapat kuasa yg kat Georgetown tu, melatah macam "kera dapat bunga". Anak rilek je, bapak pulak kecoh. Last sekali, itulah hakikat orang2 politik.

Hey, kelmarin dapat buku "Politik" yg telah di-edit oleh saudara Anis Yusal Yusoff. Many thanks for the book & our short stay at your Desa Danau Resort!

Not forgetting to wish again Anis' beloved wife "Selamat Panjang Umur", semoga penghidupan Puan Shahdee diberkati Allah swt dan akan lebih berwarna-warni bersama suami tersayang. We shall celebrate one more round her special day during their next trip to Pen @ Jemputtree, new hang-out happening :"giler" here in Georgetown - I tell you :). Kalu budak UiTM tu balik KM, boleh ikut sekali.

Sempat juga membuat bedah siasat pasca PRU2 bersama komentar politik tanahair dari IIM hingga pukul 3 pagi ditemani bersama isteri2 yg sorang tu terlena... maksud saya Puan Noorlida Yusal zzzzzzzz... overall input yg bernas yg patut di sampai kan kepada PM kita agar dia tidak lagi lena dari igauan Jin nya.

To be exact, visited Janda Baik last weekend - looking for land but still pre-mature for decision whether deal or No deal.

To be exact, was reminded by AYY during my last trip to KL as to why my blog was never updated for a while. Thus, kuatkan semangat so at least, my blog is still alive... :)

Thanks again to Brother Anis & Puan Shahdee - God Bless...

Wassalam.

Friday, March 7, 2008

8 March 2008 ! Hari ini dalam sejarah...

Gembira dan terharu bila Karpal Singh yg berkerusi roda dgn anak dia yg bertanding Adun Datuk Keramat datang melawat kami untuk meraih undi di KM Resort petang tadi. Kebetulan waktu tu ada kat rumah. Sempat wish All The Best to both of them & assured them they sure get full support from us. Cuma tak sempat ambik gambar dgn dia orang. Kalu tidak boleh post gambar tu dalam blog ni - baru lah thril sikitkan :)

Sebenarnya dua hari lepas confused tak tahu apa nak pangkah hari sabtu ni?

Lahir kat PJ, sekolah pun kat pj, besar kat kg medan sebelum ke ITM., shah alam. masa belajar kat ITM, ayah beli rumah kat Shah Alam.

Kerja kat KL 2 tahun lebih lepas belajar. lepas tu gatal nak pindah penang - asked for transfer, konon nak cari pengalaman baru. sangkut dgn anak mami terus bernikah... alhamdulillah dah jodoh beb...

beli rumah pertama kat perai & terus daftar jadi pengundi. rumah tu pun dah jual. Dari PJ, tapi mengundi di Perai ??? jauh nye...

La ni dok georgetown, kerja Kulim Hi-Tech. Bila check SPR online, kena undi untuk DUN Perai & Parlimen Batu Kawan.

Bila semak sejarah undi pilihanraya lepas saya, BN & DAP sama-sama dapat undi yg sama setakat ni.

Dua hari lepas, member ajar niat undi untuk esok, sahaja aku keluar barisan, naik roket ke-bulan demi keadilan. Menarik jugak...

Bagi tahu kat isteri saya yg telah pun saya racuni fikirannya, esok akan ke khemah BN, nak mintak ongkos untuk buat belanja balik ke PJ sebelum mengundi. Dapat setengah dua ratus pun ok lah, sebab dapat maklumat geng kelantan di KL dapat RM 300 untuk belanja balik mengundi ke kelantan.

tapi yg pasti, angin perubahan masih kukuh untuk adun perai dan parlimen batu kawan.

sayonara ketua menteri pulau pinang...

maafkan saya atas keterlanjuan budak PJ ni yg di beri peluang mengundi di kawasan tuan yg bergelar batu kawan tapi dah bertukar menjadi "batu tak kawan"

:)

Wednesday, February 27, 2008

Berakhirnya sebuah kehidupan...





Al-Faatihah !

pada 24 Feb 2008 bersamaan 17 Safar 1429H, menjelang subuh lebih kurang 6.05 pagi, ayahanda yang kami kasihi Hamzah Shamsudin Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Hamzah Kubur di kalangan sahabat2nya di khariah Masjid Azhariah telah pergi menyahut seruan Illahi buat selama-lamanya.

Terima kasih di atas ucapan2 takziah yg tidak putus2 kami terima sejak hari pertama pemergian Allahyarham sehingga ke hari yg ke-4 hari ini. Terima kasih yg tak terhingga kami ucapkan kepada semua yang telah meluangkan masa menziarah jenazah Allahyarham serta mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham. Terima kasih kasih yg tak terhingga juga kami ucapkan kepada jemaah masjid Al-Azhariah terutamanya Tuan Haji Md Nor yg banyak membantu di dalam menguruskan jenazah & menyediakan ruang ziarah untuk tetamu yg datang dari dekat dan jauh. Urusan mandi jenazah di ketuai oleh Haji Hamzah Wasa amat kami hargai. Kenduri tahlil di Masjid dan di rumah Allahyarham yg dihadhiri dengan ramainya membuat kami sekeluarga yg mewakili waris Allahyarham merasa amat terharu sekali ! Hanya Allah swt saja lah yg akan membalas jasa baik tuan-tuan semua. Sesungguhnya jasa baik tuan2 semua akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.

Allahyarham berusia 73 tahun 6 bulan dan 24 hari meninggalkan seorang balu, 7 anak (4 lelaki dan 3 perempuan) dan 4 orang cucu (3 lelaki dan seorang perempuan).

Satu-satunya anak lelaki kepada seorang novelis dan pejuang kemerdekaan era Sukarno di Indonesia dan pasca kemerdekaan di Malaya Allahyarham Shamsudin Salleh atau Sham ini (sila rujuk Biografi berjudul "Wajah" oleh DBP keluaran awal 80an) telah dilahirkan di Kuala Pilah, NS pada 26 Julai 1934. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kuala Pilah sebelum bertolak ke Singapura untuk mengikuti kursus LCCI. Usia remajanya banyak dihabiskan di Singapura sebelum di panggil pulang oleh ayahandanya kembali ke Indonesia atas tugasan resmi ayahanda beliau.

Atas permintaan keluarga, beliau telah dijodohkan dengan gadis tempatan Arbajah Husin dari kepulauan Riau. Riau adalah antara kepulauan jajahan Indonesia di bawah pentadbiran Atuk Shamsudin Salleh berjawatan sama seperti Pengawai Daerah jika di Malaya pada waktu itu.

Setelah tamat tempoh perkhidmatan Atuk Shamsudin dan oleh sedikit krisis keluarga di Indonesia pada waktu itu (Atuk Shamsudin mempunya 2 isteri - yg sulung berasal dari Kuala Pilah, NS dan yg ke-2 dari Pekan Baru, Indonesia), Atuk Shamsudin dan isteri pertamanya Hajjah Rokiah Binti Nordin telah membuat keputusan untuk kembali ke Malaya bagi memulakan hidup baru.

Di sini lah juga bermulanya kehidupan baru insan yg bernama Hamzah bersama isterinya Hajjah Arbajah Husin bersama anak sulungnya Hazman di Malaya pasca kemerdekaan sekitar awal 60an.

To be continued & Wassalam...

Tuesday, February 19, 2008


Time to broadcast Stefan and his new girlfriend during my recent trip to Munchen.

You know what? He was saying to me he doesn't know how long this one will last... what a waste of time frankly speaking. He made a confession that he is not the type of man who could stick to just one woman. He wants more and has to be changeable ! as he gets bored to one very easily. Harap2 dia bukan gay ok...

Janganlah bagi minah Maria tu baca blog ni - confirm talak tiga :)

Mungkin Mamat Stefan ni ada Falsafah hidup yg berbeza dgn orang macam kita. Munkin dia treat wanita kat dunia macam :-

1. Neck upward - macam show room
2. Between waist and neck - macam play room

3. waist below - men's room


Akan bersambung... mungkin mamat ni terlalu banyak kemungkinan...
Wassalam,


Sunday, February 17, 2008


Yg ni pulak due to my wife personal request...


Kita orang dah buat keputusan will be there for winter holiday to tour Europe with the Mini end 2009...


sapa nak ikut boleh start simpan duit dari sekarang ok.


to be continued again...



Percaya tak percaya, I was in Munchen, Dresden & Frankfurt from Feb 12th, to Feb 15th, 2008 on business cum leisure... to those people yg tak sempat nak bagi tahu, my thousands apologies sebab quite last minute plan so to speak. Left for Muchen on 11th Feb, ex Pen / Sin / Fra / Muc. and Back to Pen ex Muc / Fra / Sin / Pen on 15th Feb 2008.

Tiba2 dah ada kat Germany. The initial feeling macam tak nak pergi sebab keadaan ayah yg tak menentu. Lepas tu, tiket dah booked & satu Jerman pun dah tahu saya akan sampai Munchen on 12th Feb pagi for the urgent shipment! orang kat Dresden pun dah tahu over my arrival for a separate meeting - an hour flight from Munchen.

Adik angkat saya kat Munchen pun dah order macam2 barang untuk di bawa dari Malaysia hingga ke saat2 akhir. E... geram betul dgn mamat sorang ni. Dia order dari Milo, sabun Protex, jam berjenama mahal yg boleh di beli dari "petaling street" dan macam2 lagi. Last2, beli apa yg patut je pasal kesuntukan masa.

Minggu sudah ada kat Hospital Putrajaya melawat ayah yg nampak tenat. So, bila ada atas kapaltebang tu, ingatan tak menentu. Ada masa sedih, kalau apa2 berlaku, jauh beribu-ribu batu sebelum nak sampai balik Malaysia. Lepas tu, ada perasaan gembira nak jumpa customer & rakan sejawat kat Germany buat pertama kali. So, perasaan kali ni memang bercampur-aduk. Susah nak digambarkan dgn kata-kata.

Syukur Alhamdulillah, semua dah selesai, kerja2 & assignment ke Germany dah pun dah selamat pergi dan balik. Keadaan ayah bertambah pulih, mampu untuk mandi sendiri, makan secara sederhana dan berbual dengan anak2 di rumah Shah Alam. Semoga Allah swt memberi kami adik beradik kekuatan yg seterusnya dalam kami mengharungi kehidupan yg pasti bersifat sementara di dunia yg fana ini.

Untuk sebahagian gambar2 semasa berada di Munchen, Germany, jgn terkejut pulak sebab dia nampak macam pi holiday lebih dari buat kerja... :) biasa lah tu beb ! hasil bila kita ada adik beradik kat negara orang.

To be continued...





Thursday, February 7, 2008

The Hidden Jewel is within you...





We always thought we need to travel far far away and spend so much money to appreciate life better.



Liyana, my wife and myself have proven the theory not quite right when we decided to drag our bicycle on our MPV and headed to "Taman Belia" near Botanical Garden this morning

We spent about one and the half hours and had enjoyed every moment of it. Liyana & me jogged & cycled while mummy was serious to jog 30 minutes non-stop. Liyana & me had one round of painful walk over the Reflecksology stone while mummy taking care of our bicycle - the same old trick...


You know what, the damage was only RM 10.50 to cover our fruits cost like banana, papaya, "sengkuang cina", "buah lai" and "nangka". Not a bad deal at all !


The morale of the story, if you want to live life to the fullest, there are all within you...


Frankly speaking we had found the hidden jewel here...


Peace !










Wednesday, February 6, 2008


GONG XI FA CAI !


Plan to relax & reflex at home today.


Banyak benda kena follow through beb. Never waste your time. Once gone never return ok.


Tapi yg pasti, Sri Acapella kena defer until further notice. Mesti ada hikmah dan buat masa ni tinggal kenangan je...


Horey, I passed my module 2 CFP paper. So, will have to plan for my next paper comes Mar 2008.

Friday, February 1, 2008


Counting my day for the meaningful Hijrah... privately, spritually, physically & professionally! it is just around the corner and for sure it's coming pretty soon.


Stay focus & take care bro !


Wednesday, January 30, 2008

January 2008 is now gone...

Just a quick one before leaving for EQ to fetch guest from Singapore.

Time flies so fast as if 2008 comes to an end already!

Lolog passed away yesterday. Teringat last Umrah in Sept 2008 balik sekali dengan dia on the same flight Jeddah/Singapore.

Begitulah akhirnya sebuah kehidupan... Al-Fatihah untuk Arwah & semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yg beriman.

one more on the go... Sri Acapella at night !



Sri Acapella here we come ! Kalau ada rezeki & dgn izinNya...

Tuesday, January 29, 2008



Another hectic Day!





Teringat previous Sunday of 20th Jan 2008, we were in Malacca.





To be exact, Bard & Lan took us there to visit Apek Cina for alternative medicine for my wife & me + seeked advice over Ayah's health condition.



Quite thrilled when the Apek Cina commenting on my wife current state of health condition! macam bomoh melayu yg selalu kita jumpa sebelum ni.

Later we had Bento dinner together with Anis & Shahdee at Plus Tower near Desa Danau...

Monday, January 28, 2008


My sister cikgu Linda requested to post our parents photo in my blog so that everyone can have access to view this lovely photo whenever we feel like viewing...


Here we go ! and salam sejahtera buat Ayah Bonda di Shah Alam dengan doa semoga sentiasa di bawah perlindungan Allah swt. Amin...


Sunday, January 27, 2008


terlupa nak submit rombongan orang KL sedang menjamu selera kat KM masa kenduri hari tu... yg paling sihat tu lah adik I...










Minggu ni ada kat Penang - just take time off after had two weeks hectic schedule - had been to KUL trice, drove, flew & drove again - in between flew to Singapore for two days meetings with counter-part and few customers. Last weekend I was in KUL stayed at AYSA's palace for two day - Special Thanks to AYSA! your kind hospitality is highly apprciated.


Semalam had round of golf at BJCC. Got to know new golf buddy Mamu Zack, Brother Zainon, Mad & Din. Prior to that, had 9 holes session. 1st time walking over 1st nine @ BJCC - what an cool experience!














So, what's the latest for now.














So many plans on the table pending to be executed ! among others :-














1. Caltex submission ? to submit proposal for proposed kiosk site in Kulim







2. Had decided to purchase one unit of shop lot @ Juru Auto City from PDC. 10 % already paid pending for site visit and rest of financing plan within one month from now.







3. contemplating to buy on private capacity Sri Acapella at Shah Alam, Section 13. To get AP to assist for site visit.







4. To acquire warehouse space @ Prai belongs to Ah Soon for new project of 230,000 sq ft warehouse capacity. Some big thing to be seen pretty soon.







5. My private plan with Public Mutual had minor setback due to new ruling set by EPF - no matter what, to pursue further ok.







6. K5 project for Schenker also coming very fast - How to take advantage ? and to acquire K1 & K2 from KTPC?







7. Customers are asking for more space but to no avail for now! positive setback so to speak in Kulim especially...














On a serious note, Ayah in Shah Alam is resting well despite of the suffering he is undergoing. Special prayers for him so that he is always in peace while battling through the current situation - Insya Allah.














Oh ya, we had our "Kenduri doa Selamat & Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429" well done at KM Resort last 12th Jan 2008. As usual, Ustaz Aziz took the lead. Many guests had turned up like Tawfeek Bajneed & family, Tuan Haji Azmi & Wife, Sham our immediate neighbour, Mamu Ba Tok Sham, Ustaz Asraf & friend, Puan Hazlinda, Aman, Haziq, Untie Mon & the new baby born, Hakim all the way from KUL and not forgetting all relatives, friends of Amirah etc.










Thanks to everyone who came and spent their times to celebrate the above occassion together!






Those guests from KUL had special treatment to tour Pen island and had couple of stops enjoying Ais Gunung @ Balik Pulau route and Laksa Pen and Bt Ferringgi. They also managed to buy some designers goods at the infamous night market at Bt Ferringgi - to make the whole journey worth spending...










Wednesday, January 9, 2008




Here we go !





Finally got the chance to introduce my PA and beloved wife, a home maker with my only child, Amirah who just jumped to form 4 after she got her PMR result last December 2007.


Want to know her PMR performance ?


She had 8 As with 1 B. What a nice combination ! Congrats to her and she sure will do better in her SPM in 2009...

We shall be inviting some relatives, friends and lawyers across Malaysia excluding Sabah & Sarawak to our Majlis Kesyukuran & Bacaan Yassin and Tahlil arwah dan doa selamat on this coming Saturday, 12th Jan 2008 at 11:30 hrs.

So, drop by at KM Resort, Georgetown if you happen to be in town.

Wassalam & Salam Maal Hijrah 1429 !

Hijrah 1429 - buktikan ! anda juga boleh berHijrah...

Sekian lama membisu tanpa berita. Perjalanan logistician macam saya ni bersama dengan syarikat gergasi memang mencabar. Jiwa & raga dicurahkan demi menjaga reputasi & prestige dan macam-macam gimik perdagangan.

terfikir untuk membuat sesuatu yg berbeza sempena sambutan maal hijrah 1429 tahun ni. malam tadi sempat berjemaah magrib di masjid kilang lama kulim. lepas sembahyang ad tazkirah oleh al ustaz illias zakaria, bekas pengarah pusat islam USM. dulu biasa jumpa kat masjid usm dalam kuliah subuh, tazkrah ramadhan lepas sembahyang tarawih. pernah juga hadhir dalam bengkel rumahtangga bahagia dsbnya. pendek cerita, ihsan ini amat istimewa kerana ilmunya.

antara intipati ceramah beliau, kita kena berhijrah ke-arah kebaikan dunia & akhirat secara individu, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada yang lebih besar lagi dalam kontek kenegaraan & globalisasi - contoh Allahyarhamah Benazir Bhutto di bunuh baru-baru ini menggambarkan betapa ceteknya & lemahnya masyarakat islam dunia pada waktu ini. lebih-lebih lagi bila usia dah meningkat ke 40an. Rasullulah saw pernah berkata kepada sahabat2 beliau, sekiranya ada manusia masih tidak berubah setelah mencecah usia lebih 40an, tangkap dia, lepas tu campak dalam api! maksud baginda, baginda mengambarkan kekecewaan beliau apabila umatnya gagal untuk berfungsi untuk menjadi role model yg baik sesama insan.

Ada empat soalan akan di-tanya oleh malaikat sebelum jasad kita dikebumikan di dalam kubur. yg pertama, Allah swt telah bagi kita umur, apakah pengisian yg telah kita buat dari kita lahir sampai kita menghebuskan nafas kita yg terakhir? ke-2, Apa yg telah kita buat semasa usia muda kita antara 20an ke 3oan? ke-3, Allah swt telah memberi sedikit ilmu kepada setiap insan di dunia ini. Apa yg telah kita buat dgn ilmu yg kita ada tu ? dan yg ke-4, Allah swt telah memberikan kita rezeki, segala nikmat hartabenda, wang ringgit dan macam2 lagi. Daripada mana kita perolehi hartabenda & wang ringgit tersebut. semua ini kita kena jawab sebenarnya sebelum kita dikebumikan lagi. Ini kes berat beb. Kena buat sesuatu yg serious!

The moral of the story, sebenarnya, saya sedang mengumpulkan sedikit sumber untuk tidak terikat dengan aktiviti2 materialistik routine saya lebih kurang 20 tahun yg lalu. Mungkin dalam masa terdekat ini staying away for 3 to 6 months doing some freelancing works at my own pace. Reflecting the things i have been doing so far. Is it really worth it to continue. Renew my close relationship with my parents, wife, only daughter, friends & sahabat etc.

So, hang nak buat apa ?

to be continued...