Demi menyahut seruan Illahi, saya bersama isteri saya telah ditakdirkan menjadi tetamu Allah swt untuk menunaikan fardu Haji pada tahun ini bersamaan 1429 H / 2008 M.
Insya Allah, kami akan berangkat melalui Kelana Jaya malam ini dengan penerbangan KT42 terus ke Madinah.
Sebelum terlupa, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf Zahir & Batin sekiranya ada kekurangan dari pihak kami secara sedar atau tidak di sepanjang perkenalan kita. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah swt dan yg sebaliknya atas kelemahan kami berdua - antara insan2 yg lemah lagi hina di sisi Nya.
Doakan kami agar di beri tawfeek dan HidayahNya, kesihatan yang baik, kekuatan dan kemudahan yang berterusan serta sentiasa sabar dan tabah di sepanjang perjalanan kami menemui PenciptaNya yang Maha Suci.
Akhir Kalam, semoga semua jemaah haji Malaysia tahun ini menjadi contoh yang baik dan dianugerahkan dengan Haji Mabrur... Insya Allah.
Dengan izinNya, kami akan kembali ke tanahair pada 28 Dec 2008 - Insya Allah.
Wassalam,
Hazuli Hamzah
Noorlida Yusal Yusoff