Monday, June 30, 2008

Breaking News !

Ini ada satu pengumuman PENTING !



Saudara Azul telah membuat keputusan untuk bersara awal dari Schenker setelah lebih 12 tahun berkhidmat dengan syarikat logistik gergasi dari Jerman. Satu keputusan yang amat memeranjatkan bagi kebanyakan rakan-rakan, sahabat-handai yg dekat mahu pun yg jauh mhu pun yg dekat seperti isteri tersayang... :)



Mengapa keputusan ini di buat ? di waktu negara sedang gawat mengharungi krisis kepimpinan dan dalam masa yg sama di dalam suasana ekonomi global yg tidak menentu dengan kenaikan harga beras, minyak, makanan, keperluan harian dan sebagainya. Tak boleh ke tunggu masa yg lebih sesuai? Persoalan yg amat bijak dan tepat pada waktu nya.



Tapi sebelum kita bicara lebih lanjut persoalan di atas, sedikit Tazkirah di pagi yg mulia ini.



Dari Kitab Mukashafah Al Qulub oleh Imam Al-Ghazali, Rasulullah SAW pernah bersabda :



"Lima orang yg mendapat murka Allah swt. Jika mahu Dia akan berikan kepada mereka di dunia atau Dia tempatkan mereka di Akhirat dalam Neraka.



1. Pemimpin yg merampas hak rakyatnya, tidak pernah ia menginsafi dirinya terhadap perbuatannya dan melakukan kezaliman ke atas rakyatnya.

2. Pemimpin yg ditaati kaumnya, namun ia tidak membezakan mana yg kuat dan lemah tetapi dizalimi serta berkata dengan hawa nafsunya.

3. Lelaki yg tidak pernah mementingkan isteri dan keluarganya untuk taat kepada Allah swt dan tidak mengajari mereka urusan agamanya.

4. Lelaki yg tidak memberi upah dengan cukup kepada pekerjanya.

5. Lelaki yg menganiaya dalam maharnya.


Semoga kita semua mendapat RahmatNya & berjumpa di lain siaran.

Komen Puan Shahdee untuk saya bergiat aktif dalam penulisan berkenaan subjek "Financial Planning" antara aktiviti harian saya dalam masa terdekat ini - Insha Allah.

Wassalam,