Monday, January 31, 2011

Sulaiman Akhlaken is on the go...

Wasiat Writting is the key in 2011.

Walk the talk - you have been promising to many people including yourself but nothing happened thus far.

Why not take Sulaiman Akhlaken as your Mentor?

2011 will sure be different completely.

Just do it & always ahead!

Tuesday, January 25, 2011

Things I missed to do for months - What a Day !

Hectic days are my norm - always into somethings. at times losing focus. Tonite met an inspiring mentor WKM in one of the workshop organised by PMB. This guy is earning average RM 50 K monthly or more by just selling Unit Trust - he proved to his audience nothing is impossible provided you are :-

1. ready to change your mindset
2. have a clear business plan with clarity on your sales & rectruitment activities
3. think differently - think out of the box
e.g. LV handbag - "we're not in the business of selling handbag, we're in the business of selling dreams"
4. pillar of success
4.1 sales
4.2 training
4.3 agency
4.4 recruitement
5. have consistence iniative
6. be innovative
7. own you own business, that's the way to control your own future.
8. the ultimate driving UTC - BMW means belanja makan warung :D
9. simple steps = have 10 productive downlines who make RM 100,000.00 per month whom at the same time have 10 same productive downlines with same performance. the impact, you'll have group sales of RM 10 M per month or RM 120 M per year.
11. Power of visualisation
12. see a person with lot of potential to succeed
13. agent transformation agent
14. The focus on sales activities
14.1 EPF
14.2 Cash
14.3 DDI
14.4 Recruitement
14.5 Motivate them
15. Be involved
15.1 Agency Meeting
15.2 Branch Agency Meeting
15.3 Road Show
15.4 BOP
15.5 Seminar & Workshop
16. Focus by Rank
16.1 AS - 70 sales & 30% recruitement
16,2 AM - 60 sales & 40% recruitement
16.3 GAM - 30% sales & 70% recruitement
17. Know the Fund by heart
17.1 PIX - 31/1
17.2 PRSF - 31/3
17.3 PDSR - 30/4
17.4 PIttikal - 31/5
17.5 PGF - 31/7
17.6 PEF - 31/10
17.7 PSF - 31/12
18. Rich UTC sees potential in people
19. what customer want?
19.1 Update your customer on a regular basis
19.2 get closer to them
19.3 inspire people life
19.4 to help them to achieve their goals.

Not forgetting my 2nd Tahfiz & Qiraat class @ USM this morning enroute to Kulim for my Log routine. also spent time with Ryco.

Wow! may God bless...

Monday, January 24, 2011

Tahfiz Al-Quran @ USM ?

This is not a joke of the year !

braving to continue challenging myself to do something beyond my own imigination :D

got motivated after completing my basic Tajwid classes last 2 semesters. To be exact, still long way to go...

just attending my new class this morning. Ustaz Zaid is our new mentor. On the average, our group age is around mid 40s. the youngest around mid 30s and the oldest, late 50s.

Brought back Amirah last night when her left eye bleeded again. She underwent for a minor surgery to remove "charlie zeon" near her upper eye lid few days ago. Met the specialist again this morning and she is on MC for 2 days. Pray for her speedy recovery soon - insyaAllah.

wassalam,

Saturday, January 22, 2011

Hidup ini sifat dia Sementara je...

It was a hectic week overall.

last Friday went to KL until Tuesday with Amirah & my other half.

Back to Pen on 18th Jan 2011. Then, on 20th Jan 2011, I found myself in KL again - back the same day.

Friday was busy the whole day. Still able to catch up 9 holes with Champ.

Saturday, three of us had ikan bakaq @ Kepala Batas with cousins. just unthinkable when we had "Rimau Menangis Bakaq" with "Sambal Bachang".

We'll be more often here in the future at 19 of Road 10, Taman Bertam Permai! InsyaAllah.

The closing of the week, no more subuh's taskirah with Ustaz Asri Jamaluddin.:(

He passed away at around 3am this morning. he was in his 40s. Al-Fatihah! May Allah swt bless his soul...

Wednesday, January 19, 2011

Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian...

Peribahasa ini tiba-tiba keluar dari minda di pagi yang permai sambil bersiap untuk ke KL on AK5368.

Dah kali ke-4 mesyuarat dengan team KL ni untuk lobi satu peluang perniagaan.

Mula-mula rasa susah betul nak mula. Tapi tiba-tiba petang semalam rasa macam dah dapat "flow" dia. "Feel" dia pun rasa lebih jelas lagi - Wallahu alam bissawap. Yang pasti, cabaran yang mendatang pasti hebat!

Will move forward agressively for now despite of the challenges ahead.

Wassalam,

Tuesday, January 11, 2011

Santai Book in the making !

18th May 2010 & revisited on 12th Jan 2011

12th Nov 2008, pertemuan pertama semasa di jemput menjadi tetamu Allah swt – nun jauh di Bumi Makkah & Madinah. Walau pun singkat namun ianya kekal abadi – hingga kini dan selamanya…

Synopsis – “Saya Hazuli, panggil aje Zul” itulah mukadimmah, ayat keramat saya untuk saudara Hilmy bila bertemu buat pertama kali di TH, Kelana Jaya. Zul sudah maklum dari Mutawifnya bahawa seorang Akitek serta isterinya akan menyertai rombongan emapat pasangan muda ke Mekah. “Ooo ni dia Akitek tu – tapi nampak macam kartunis je” bisik hati Zul.


Menurut kata Tawfeek yang kami panggil “Mutawif”, selain mereka, ada satu lagi pasangan dari Pulau Pinang. Mereka saling mengenali kerana anak-anak mereka belajar di sekolah yang sama iaitu di Al-Masyur. Satu pasangan lagi ialah adik lelaki si isteri yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Tak kisahlah Fik, kita berkenalanlah nanti. I ni jenis senang get along with people.. Cuma takut depa segan ngan kita je…” Ujar saya “Kalau depa geng dengan ipar duai depa, Kita geng dua couple…” Sambung saya. Jauh dilubuk hati terfikir juga, bagaimana nak bersama-sama selama 45 hari nanti. Harap-harap mereka tu OK nanti.

Saya mengenali Tawfeek, seorang peguam terkenal, terutama di Pulau Mutiara dengan kakitangannya melebihi 120 orang termasuk di dua lagi cawangan di Perak dan Kuala Lumpur melalui abangnya, Sheikh Abdul Hamid Badjenid yang pernah bersama-sama melancong ke Eropah beberapa tahun sebelum itu. Menurut Hamid, adiknya itu pernah bercita-cita menjadi arkitek, tetapi terpesong ke bidang perundangan. Namun begitu minatnya masih belum pudar. Hamid begitu yakin saya boleh serasi berkawan dengan Tawfeek. Isteri Tawfeek juga seorang peguam. Mereka pernah bersama-sama menuntut di universiti. Di situlah mereka berkenalan sehingga ke jinjang pelamin.

“Kalau begitu, Anuar tu sepupu you?” Tanya Tawfeek apabila saya bertanya mengenai seorang seorang peguam yang juga berasal dari Pulau Pinang dan berkelulusan dari universiti yang sama.

“Bukan, isterinya Zora, sepupu Lin…” terang saya. Tawfeek mungkin keliru kerana rupa dan warna kulit Anuar lebih mirip dengan saya. “Kecil betul dunia ni…” Keluh Tawfeek kemudiannya.

1. bermula di TH, Kelana Jaya – empat pasangan muda atau pertengahan umur?
2. suboh di bumi Madinah
3. pertemuan dengan mantan mufti, Ustaz Haji Khairi dari lombok # HP 081 399 815 755 di Mesjid Nabawi
4. Majlis Taaruf by Haji Yusri, Ustaz Zahri & Ustazah Zahrah on 23hb Nov 2008
5. kisah saidina ali dgn saidina fatimah oleh perawi al-mutawif sheikh tawfeek berkaitan dengan sedekah bila berhadapan dgn peminta sedekah di Madinah –(topik yg sama dengan senarai # 20)

Semasa pulang dari mesjid nabi lepas sembahyang isyak, kami bertiga didatangi oleh keluarga ala arab suami isteri dan anak mereka berumur lebih kurang 4 hingga 5 tahun. Mereka kelihatan amat “familiar” seperti telah biasa berjumpa di sekitar Bandar Madinah.

“Salam brothers” tegur sang suami. “we’re the victim of pick pocket syndicate and had lost our travel documents & money. We’ll be very be greatful if you could help us to spare some cash so that we could survive until we settle our case with the authority” kata-kata awal mamat arab bersebut sambil diperhatikan oleh isterinya dengan wajah yang sayu tapi agak “fake” pada pandangan saudara hilmy dan juga zul. Anak mereka walaubagaimana pun kelihatan ceria sambil cuba di dukung oleh ibunya agar tidak bermain jauh dari pandangan mereka.

Kami berdua tidak memberikan respond yang positif pada awalnya. Dalam diam saudara Mutawif terus mengeluarkan dompetnya dan memberikan sejumlah wang yang lebih dari biasa kepada mamat arab tersebut.

Yang bestnya, selepas menerima wang tersebut dari Mutawif, mamat arab tersebut terus merayu kepada mutawif untuk di “top-up” lagi sumbangan beliau sambil mengisyaratkat tangannya kepada isteri dan anaknya juga perlukan bantuan yang sama.

“Mungkin dah jadi tabiat mutawif kami yg suka membantu orang susah atau hanya mungkin tidak mahu terus di ganggu oleh mamat arab tersebut” – bisik di hati zul. Tanpa banyak soal, mutawif telah memberi sumbangan tambahannya kepada mamat arab tadi.

Kami terus berlalu sambil saudara hilmy cuba mempengaruhi mutawif bahawa mamat arab bersama dengan isteri dan anaknya telah ditemuinya di siang hari meminta bantuan yang sama daripada jemaah haji kita menggunakan modus operandi yang sama.

“awat anta bagi muka sangat kat mamat arab tu mutawif? Mereka tak genuine lah mutawif” ujar hilmy.

Mutawif terdiam sejenak seperti sedang memikirkan sesuatu. Sambil berjalan mutawif menceritakan kisah Saidina Ali ra bersama isteri beliau Saidina Fatima.

Satu hari, saidina Fatima ra menyedari rumah mereka kehabisan makanan dan memohon suaminya membeli sedikit roti dengan hanya berbekalkan baki wang yang ada cukup untuk di jamah untuk makan malam.

Saidina Ali ra dengan akurnya tanpa berlengah bergegas keluar bersama wang yang diberikan oleh saidina Fatima.

Dengan wang yang diberikan, dapatlah saidina Ali membeli sebuku roti untuk dijadikan makanan malam bersama-sama dengan isteri dan anak-anak di rumah nanti – fikir Ali. Roti tersebut di simpan dengan cermat di dalam karung yang dibekalkan oleh saidina Fatima.

Takdirnya, dalam perjalanan pulang, saidina Ali telah di sapa oleh seorang musafir sambil memohon bantuan untuk di beri sedikit makanan. “ sudah beberapa hari hamba tidak makan wahai Ali” ujar musafir tersebut yang kelihatan amat kusut dan keletihan.

Tanpa banyak soal, Ali terus mengeluarkan satu-satunya roti yang baru dibelinya tadi dari dalam karung dan diberikan terus kepada pemuda musafir tersebut sambil berkata “ nah, kamu ambillah rezeki yang Allah swt bagi ini. Makanlah, semoga kamu diberikan kekuatan untuk meneruskan perjalanan tuan hamba” kata Ali dengan penuh rasa simpati.

Berseri muka pemuda tersebut sambil mengucapkan ribuan terima kasih di atas makanan yang telah diberikan oleh Ali dan berdoa Allah swt sajalah yang akan membalas jasa baik beliau.

Ali pun teruskan perjalanannya untuk pulang bersama-sama dengan karung yang kini tanpa isi sambil berdoa kepada Allah swt dengan penuh keyakinan.

Sesampainya di rumah, dipanggilnya Fatima untuk mengambil karung tadi tanpa memberitahu apa yang telah berlaku di antara beliau dengan pemuda musafir tadi.

Fatima pun membawa masuk karung yang pada sangkaannya berisi makanan terus ke dapur. Tiba-tiba Ali mendengar suara Fatima menjerit sambil berlari menuju ke arahnya. “wahai Ali, mana kamu dapat wang hingga dapat membeli 9 buku roti? Kan wang yang ana bagi hanya cukup untuk se buku roti aje” Tanya Fatima dengan penuh keheranan.

“masya’Allah, kamu periksa betul-betul Fatima, takkan 9. mungkin kamu silap bilang kot?” jawab Ali dengan tenang tapi penuh keyakinan.

Tanpa berlengah, Fatima terus kembali ke dapur dan untuk beberapa detik bagi memeriksa jumlah sebenar roti yang ada di dalam karung.

“sesungguhnya aku silap ya Ali, bukan 9 tapi sebenarnya 10 buku semuanya” ujar Fatima dengan nada yang penuh yakin dan bersyukur. “tapi bagaimana ianya boleh berlaku ya ali? Tanya Fatima lagi.

“masya’Allah, ini semua janji Allah swt ya Fatima” sambil meriwayatkan sabda Rasulullah saw menceritakan sekiranya kita ingin membantu seseorang, mestilah dengan ikhlas kerana Allah swt” terang Ali.

Allah swt telah berjanji untuk membalas 10 kali ganda ke atas setiap perbuatan baik manusia sesama manusia di atas mukabumi ini. Tapi ianya mestilah ikhlas kerana Allah swt – bukannya kerana E-Class J (kena rujuk dengan mutawif mana dia dapat cerita epic ni beserta dengan perawinya sekali)

Morale of the story – kalau kita berkemampuan nak Bantu orang susah (walaupun dalam keadaan genting seperti kisah Ali di atas), Bantu lah dengan ikhlas kerana Allah swt tanpa mempertikaikan kesahihan kesusahan orang itu. Benar atau “fake” Itu antara dia dengan penciptaNya. Ok?

Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.






6. isu terlena ketika tahyat akhir?

Satu malam di Madinah , Hilmy nampak sugul seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya . “ Ji, jom kita pi minum kopi kat dewan makan. Ana lapar lah. Boleh kita pekena roti dengan jem sekali”. Pujuknya pada Zul agar sudi menemaninya.

Tiba di dewan makan, “ada apa ni Ji? Macam ada yang tak kena je? Tegur Zul seperti cuba mengorek rahsia yang terpendam di hati Hilmy.

“Ana risau lah. Tadi Mutawif ada pesan suruh ana check dengan ustaz hukum terlena semasa tahyat akhir. Dia kata dia terperasan ada satu kali tu, semasa ana bersembahyang di sebelahnya, dia terasa peha ana menindih pehanya seperti ana terlena waktu tahyat akhir. Ana rasa pun, ana macam terlelap sekejap Takut-takut sembahyang kita boleh batal”. Seperti mengaku yang dia mempunyai sindrom yang sedikit berbeza dari orang lain, ia itu begitu mudah terlena, terutama setelah keletihan dan berada dalam suasana nyaman dan sunyi.

“Ana pun tak pasti nak komen Ji. Kita rujuk aje lah kat ustaz nanti” nasihat Zul agar Hilmy tak memikirkannya sebagai bebanan.

(Ternyata, apabila dirujuk kepada Ayahanda Ustaz Azahari, Guru Agama yang di tugaskan oleh TH Travel untuk maktab kami, perkara yang tidak disengajakan itu tidak membatalkan wudhuk dan tidak menjejaskan solat. Alhamdulillah. Bagi mengelakkan perkara seprti itu berulang, amatlah penting bagi kita untuk mendapatkan tidur yang cukup setiap hari sepanjang mengerjakan Haji.)

Sambil minum kopi panas, perbualan kami terus berlegar dari topik-topik yang ringan kepada yang berat. Dari yang umum kepada yang lebih peribadi.

“Berapa lama dah haji berniaga” Tanya Hilmy kepada Zul seperti pertanyaan seorang pengawai polis pencen.

“Baru lebih kurang setahun lebih. Sebelum ni bekerja dengan syarikat Jerman. Tapi berazam nak jadi usahawan berjaya dunia akhirat selepas lebih 19 tahun bekerja makan gaji” jawab Zul dengan semangat yang berkobar-kobar.

“Mutawif tu dia jenis orang yang selalu berterus terang ke?” soal Hilmy pada Zul, kembali kepada cerita Tawfeek, macam ingin tahu lebih mendalami mengenai peribadinya ,

“Mungkin jugak,tapi ana rasa dia berterus terang dengan niat yang baik. Kita tak boleh fakir yang negative dan terbawa-bawa memikirkan tindakan yang dilakukan itu”. Komen spontan Zul supaya lebih rasa lebih selamat bila soalan-soalan cepumas seperti itu dilemparkan kepadanya.

“Noorlida tu adik Anis ke ji?” Tanya hilmy lagi pada Zul.

“Eh, tak lah Ji. Anis tu adik Noorlida lah” jawab Zul cuba membetulkan andaian yang tak berapa tepat Hilmy ke atas fakta isterinya dengan adik iparnya Anis. Mungkin setakat yang Hilmy tahu, mereka berdua adik beradik.

“Sayang betul Noorlida kat haji ya” komen hilmy sambil tersenyum sinis memandang ke arah zul.

“Apa maksud haji” Tanya Zul meminta penjelasan.

“Ya lah, tengok dia jaga haji begitu istimewa. Balik sembahyang je bergegas dia ke dewan makan nak ‘book’ meja. Lepas tu, ambilkan makanan siap-siap letak atas meja. Isteri-isteri lain rilek je. Tak macam Noorlida” jelas hilmy

“Betul ke Ji, alhamdulillhah, ana pun tak perasan. ‘observant’ betul haji ye ” Tanya Zul sambil tersenyum sipu.

“Tapi my wife tu cemburu orangnya ji” komen zul lagi. Yang pastinya, zul tak sangka sama sekali boleh berkongsi maklumat tentang peribadi isterinya dengan Hilmy.

“Tapi ji, sifat cemburu adalah semulajadi orang perempuan , tanda sayangkan suami mereka” jelas Hilmy seperti manghadapi dilemma yang sama dengan zul.

“tapi yang ana punya ni ‘on the extreme’ lah ji. Kadang-kadang ana rimas lah.” Keluh zul seperti mahu meminta nasihat dari sahabat dia yang lebih senior seperti Hilmy.

“Berapa usia Noorlida Ji?” soalan cepumas Hilmy seterusnya pada zul. Barangkali masih sangsi bila dikatakan kakak kepada Anis.

Apa hal sampai umur isteri orang pun dia nak tahu – zul tertanya-tanya di dalam hatinya.

Tapi seperti awalnya, zul tanpa segan silu kata “she is slightly older than me Ji”

“Oh… sekarang ana fahamlah” komen hilmy seperti telah maklum dengan situasi yang zul hadapi.

“Haji punya firma arkitek berapa ramai staff?” giliran zul pulak menyoal hilmy.

“Sekarang tinggal 20 orang. Setelah beroperasi selama dekat 15 tahun, dah ramai yang keluar masuk. Dah banyak pahit manis, suka duka yang kami tempuh…” Jawab Hilmy, barangkali cuba berkongsi pengalaman dengan Zul.”Bab buat projek cadangan, memang banyak, Cuma bila tiba nak collect payment, selalu masalah. Macam-macam dolak dalih, berbagai alas an mereka. Ada juga yang bertanya kita semula, kenapa tinggi sangat bayaran untuk arkitek?” Sambungnya di celah-celah keluhan.

Zul begitu teruja mendengar huraian Hilmy yang panjang lebar. Baginya, segalanya itu adalah maklumat penting untuk mereka berkongsi pengalaman. Kemesraan sudah semakin terasa apabila mereka saling tidak berselindung membuka lembaran penghidupan masing-masing.






7. jam jenis yg sama tapi harga yang berbeza di beli dari saudagar bangle & indon

Menepati waktu adalah amat penting . Lebih-lebih lagi ketika mengerjakan Haji. Oleh yang demikian, setiap jemaah seolah-olah wajib memakai jam tangan bagi mempastikan tidak ketinggalan untuk mengikuti program, mahupun untuk ke masjid.

Seperti mana lumrah, waktu tempatan adalah waktu yang kita perlu patuhi, walau ke mana pun kita pergi. Pendek kata, jarum jam perlu diubah mengikut waktu di mana kita berada. Namun begitu, ada sesetengah jemaah yang tidak mahu mengubah waktu pada jam mereka semata-mata kerana ingin mengetahu waktu di tanah air.

Alasan mereka, antara lain adalah supaya senang untuk mereka memikirkan apa orang-orang tersayang di Malaysia sedang lakukan. Adakah sudah makan, sudah ke sekolah, sudah masuk tidur atau seumpamanya. Kalau mahu menelefon untuk bertanya dan melepas rindu, dengan lebih mudah lagi. Akan tetapi, setiap kali melihat waktu pada jam, kenalah undur kebelakang lima jam di mana, tindakan ini sering berlaku kesilapan dan terkeliru.


Sebelum berlepas ke Tanah suci, Hilmy dan Adlina telah meletakkan sebuah jam dinding tambahan di rumah mereka yang di laraskan mengikut waktu Arab Saudi supaya anak-anak dan keluarga yang tinggal senang merujuk . Manakala mereka pula masing-masing memakai jam tangan dua waktu yang sering mereka gunakan sekiranya ke luar Negara. Satu tindakan yang banyak menyelesaikan masalah terkeliru dengan waktu.

“Zul, malam ni lepas Isyak, ana nak ke Ben Dawood atau kawasan sekitarnya, nak ikut tak?” Tiba-tiba Hilmy bertanya pada Zul selepas selesai makan tengahari.

“Jadik!” Jawab Zul sepantas kilat.”Nak cari apa Ji?” Baru terlintas untuk bertanya.

“Jam dua muka yang Lin pakai tu tercicir semasa ziarah ke Jabar Uhud pagi tadi.” Jelas Hilmy sedikit kesal.”Jam tu jenama Tissot, ana yang belikan di Kuala Lumpur beberapa tahun sudah. Dah banyak tempat dah jam tu pergi…” Sambungnya lagi/

“Rileks Ji. Dah tak ada rezeki, anggaplah sedekah pada siapa yang menjumpainya. Mungkin ada fadhilat tersembunyi tu Ji.” Nasihat Zul seperti seorang ustaz lagaknya. Dek kerana sifatnya yang begitu perihatin, mereka memang memanggilnya ‘ustaz’, sepertimana Tawfeek yang digelar Mutawif.

Malam itu, sebagaimana yang dirancang, Hilmy dan Zul diiringi isteri masing-masing berarak ke kawasan membeli belah di sekitar hotel yang menawarkan berbagai keperluan seperti pakaian, makanan dan minuman serta lain-lain barangan seperti tasbih, minyak wangi, sejadah, kain serban (akan diceritakan bagaimana belajar cara-cara memakai serban dalam bab yang lain), perhiasan, madu lebah di samping perkhidmatan dobi dan sebagainya. Tidak ketinggalan, berbagai jenis jam samada yang berjenama atau tidak dijual di tepi jalan (di Makkah, jam tangan dijual dengan harga lima rial – ada kisah menarik mengenainya) atau didalam kompleks.

Walaupun begitu banyak kedai menjual jam, mencari jam dua waktu, samada yang satu muka, apatah lagi yang dua muka, bukanlah perkara mudah rupanya. Tidak banyak kedai yang menjual mahupun tahu mengenainya.

Kata orang, hendak seribu daya, di tambah pula dorongan daripada Ustaz Zul, Hilmy akhirnya bertemu juga dengan apa yang dicari. Penjual bangsa Bangladesh yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris itu pada mulanya kurang memahami apa yang dikehendaki, namun setelah menyelongkar almari di dalam kedainya, dia mengeluarkan beberapa model. Di antaranya, ada yang berkenan di hati mereka.

“This one, very good, the best price is 200 rial, if you want cheaper, you buy single time watch..” Loyar buruk pula Mamat Bangla tu, mentang-mentang dia tahu yang mereka sudah memang berkenan.

Berlakulah tawar menawar sehingga harganya dikurangkan menjadi 120 rial. Mahu tidak mahu, Hilmy membayar harganya dan menyarungkan ke lengan Lin. Apa tah lagi, model yang sedemikian cuma ada satu unit dan mereka sudah tidak mahu berjalan lebih jauh.
“Bagus juga jam macam ni kan? “ kedengaran Noorlida bersuara pada Lin. “Kalau jumpa yang cantik macam ni, boleh juga beli satu. Very convenient..” Ujar Noorlida lagi.

“Tak pa. Malam besok kita pergi cari di kawasan lain.. Ana temankan anta pula Ustaz…” Beritahu Hilmy kepada Zul dan isterinya.

Malam keesokan harinya, mereka keluar lagi selepas Isyak ke kawasan lain pula sebagaimana yang dijanjikan. Kali itu, Mutawif dan isterinya Samihah juga mengiringi kerana turut berminat mendapatkan jam dua waktu.

Setelah masuk keluar dan bertanya beberapa kedai jam, maka bertemulah mereka dengan sebuah kedai yang menjual lebih banyak model jam dua waktu. Setelah di keluarkan, terdapat yang sama model dengan jamdi lengan Lin yang dibeli sebelumnya.

“Mas, yang ini berapa harganya?” Tanya Hilmy pada penjual bangsa Indonesia yang sejak lama tersengih apabila mengetahui yang mereka semua adalah jemaah dari Malaysia. Ramai peniaga di Madinah yang suka kepada jemaah Malaysia dalam bab membeli belah.

Setelah berfikir dan mencongak seketika, penjual itu memberitahu sesuatu yang amat mengecewakan Hilmy..

“Harga paling kurang, saya bisa kasi 60 rial…akhir kalam .”




8. di tegur semasa sembahyang sunah hajat selepas waktu Asar di mesjid nabawi oleh mamat mesir
9. harga kad mobily yang melampau
10. menghayati doa Tawaf
11. jenis2 haji
haji mardud
haji makbul
haji maksus
haji mabrur
12. jaga hati kita supaya dapat pandangan kasih saying Allah swt
13. ayat 68, surah al-qasos – Allah melaksana apa yang di rancang
14. bermulanya tadarus Al-Quran di Madinah
15. berkongsi pengalaman berniaga di awal perkenalan semasa tiba di Madinah over coffee
16. belajar kemahiran mengambil gambar
17. ziarah perkuburan baqiq – a rare occasion
18. di serang sakit kulit sebelum berangkat ke Madinah

sebelum ke Mekah, banyak cerita2 pelik kita akan dengar dari senior2. cerita2 yang boleh dijadikan pedoman semasa kita berada di tanah haram berbentuk nasihat dan sebagainya. Kami tidak terkecuali.

Seorang sahabat Azudin yg teleh ke Mekah setahun awal dari kami telah menceritakan pengalamannya.
Setiap hari azudin serta isteri akan melalui jalan yang sama semasa berulang-alik ke mesjidil haram.

Setiap kali mereka berjalan ke mesjid, pasti mereka akan dihampiri oleh seorang wanita tua berkulit hitam yang sama datang meminta sedekah.

“nantilah, hari terakhir sebelum berangkat ke Madinah, kita bagi sedikit sumbangan kat makcik ni” bisik di dalam hati azudin tanpa menyatakan hasratnya kepada isterinya yang dikasihi.

Setelah lebih dua minggu, sampailah masanya azudin dan isteri bersiap untuk berangkat ke Madinah. Hajatnya untuk memberi sedekah kepada makcik berkulit hitam pun membuak-buak. Disediakan sedikit wang semasa bersiap untuk ke mesjid bersolat magrib seperti biasa bertemankan isteri kesayangannya.

Sesampainya di lokasi di mana wanita kulit hitam yang selalunya akan menunggu mereka, kelibat wanita tersebut langsung tidak kelihatan.

“mungkin dia ke tandas kot” fikir azudin. “Yang, you perasan tak makcik yang selalu datang kat kita mintak sedekah hampir setiap hari kita jalan kat sini” azudin terus membongkar isi hatinya kepada isterinya bernama Liza.

Liza menganggukkan kepalanya sambil bertanya “kenapa Bang?”

“Takpe lah, nanti lepas isyak dia datang lah tu tunggu kita kat sini “ azudin cuba menenangkan perasaannya.

Semasa menunggu sembahyang magrib dan isyak, azudin tidak lekang membayangkan wajah wanita kulim hitam yang tidak jemu2 menghampirinya untuk meminta sedekah. Tapi hari ini memang ajaib. Wanita itu tidak berada ditempat yang sepatutnya. Sambil termenung, azudin berdoa agar diketemukan wanita itu bagi memunuhi hajatnya untuk bersedekah.

Selepas sembahyang isyak, azudin dan isteri terus bergegas di lokasi biasa di mana wanita tersebut selalu menunggu. Di cari di sekeliling kawasan sekitar. Sedihnya, langsung tiada jejak yang boleh mengembalikan wanita tersebut.

Di Tanya jemaah sekeliling pun tiada tindakbalas yang positif tentang kewujudan wanita tersebut.

Pada detik ini, azudin merasakan seperti dunia ini tidak bermakna lagi buat dirinya yang dirasakan dia hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

“kenapa lah aku berkira sangat dengan dia” marah azudin kepada dirinya sendiri.

“kalaulah hari2 kau sedekah kat dia walaupun sedikit – kan dah selamat” macam lah bagus sangat nak kumpul sampai hari last baru nak bagi sedekah” marahnya lagi pada diri sendiri.

Tanpa disedari airmata azudin mengalir dipipinya setelah berperang dengan perasaannya kenapa dia angkuh dan sombong sangat pada Allah swt. Disebabkan oleh wanita tua yang takdirnya diketemukan dengan beliau.

Jauh di sudut hatinya dia insaf bahawa apapun perbuatan yang baik mestilah ikhlas dan bersegera untuk melakukannya.
Dan yang paling penting, Allah suka kepada hambanya yang istiqamah bila membuat kebaikan – bukan pada waktu2 tertentu sahaja.

Cerita yang lagi satu pulak, si budak zul tu dapat pangilan dari mutawif mengesahkan kalau tiada aral melintang, semua empat pasangan kita telah pun tersenarai untuk berangkat menunaikan fardu haji pada bulan November 2008.

Perasaan seronok dan sedih pun ada – bercampur-campur. Kadang-kadang rasa pelik macam mana perasaan tu boleh timbul. “alhamdulillah mutawif” jawab zul tapi di dalam hati tertanya, “betul ke aku nak ke Mekah buat haji tahun ini” zul se akan-akan masih sangsi lagi dengan perancangan yang telah di buat lebih dua tahun yang lalu.

“you aje lah yang pergi sayang” dengan nada yang agak tegas zul kepada isterinya noorlida. “kenapa sayang?” jawab noorlida keheranan.

“rasanya I tak ready lagi lah” jelas zul mintak simpati isterinya. “lepas tu, kan I baru je berniaga, mungkin nak pakai duit untuk syarikat…” terang zul lagi yang agak keliru dengan perancangannya.

Noorlida terdiam sejenak sambil berkata “kita ni sebenarnya dapat jemputan jadi tetamu Allah swt ni yang. Kita doa lah moga-moga Allah swt bagi kemudahan dan kurniakan rezekiNya untuk kita sampai ke tanah suci menjadi tetamuNya tahun ni”

Perasaan gusar zul tiba-tiba lenyap dan dalam senyap berdoa “ Ya Allah, sekira sudah ditakdirkan aku dan isteriku menjadi tetamuMu tahun ini, kurniakan kami kemudahan dan rahmatMu selamat pergi dan kembali”

Keyakinan Zul terus melonjak untuk meneruskan kursus hajinya bersama isteri yang tersayang.

Sesungguhnya kita merancang, tapi Allah swt lagi Maha Merancang…

Surah al Qosos ayat….




to be continued…

19. Bersolat di Roof top Masjid Nabawi
20. Makan kacang Fool bersama Haji Jamal dengan menaiki GMC 4WD
21. Berpuasa sunat, berbuka di masjid
22. Kisah keluarga minta wang sebab kena pick pocket nak ke Makkah
23. Booking meja makan di hotel Movenpick
24. Hajjah Lin hilang jam tangan TISSOT di Jabal Uhud
25. Kisah Three Sisters yang datang tanpa suami
26. Siarna TV1 di bilik hotel
27. Jalan-jalan cari makan di sekitar Madinah waktu malam
28. Belajar dan mengajar ikat serban cara Fatani, Hadhrami dll
29. Membantu pasangan dari Sarawak yang tak jumpa cari bilik
30. Pos barangan ke Malaysia, beli kotak, timbang dll
31. Lepak di hotel Lima bintang (Obroy?)
32. Hilang kasut, capal, selipar di Masjid
33. Acara minum air zam-zam
34. Insiden di Raudhah
35. Kisah Payung elektronik, kubah terbuka di masjid Nabawi


Ini semua baru Madinah… To be continued…

36. meninggikan suara semasa berada di dalam Mesjidil Haram – bertengkar dengan jemaah arab kerana berebutkan tempat sembahyang
37. haji McD dan isteri
38. nabi saw telah bayangkan ada 4 golongan orang datang ke Makkah semasa musim haji. Di antara tujuannya :-
36.1 melancong – golongan orang yang banyak wang
36.2 bermegah-megah – datang dengan sebab yang pelbagai sebab kedudukan, ego, pangkat dan lain-lain lagi
36.3 berniaga – urusan haji merupakan pekerjaan yang membawa keuntungan yang takkan rugi (dalam doa masa bersae)
36.4 mengemis – cari duit dengan minta sedekah
39. sambungan tadarus di Mekah – bertemu dengan pelbagai jenis orang bagi membetulkan bacaan & tips
40. haji baharin yang perihatin
41. sesat 2 kali di Mina
42. bertemu sahabat dari Malaysia (se-khemah dengan Misbun Sidek adik beradik) & sepupu di Mina
43. bertemu dengan kenalan kerja, Kastam Kulim di Rooftop mesjidil haram tanpa di duga
44. bertemu dengan kenalan semasa belajar di ITM dan emak saudara serta sepupu arab di Jeddah
45. jalan2 cari sejarah Nabi saw & sahabat2 bersama ustaz Razak
46. nasihat buat haji masa muda oleh ustaz Zahri
47. “Starbuck” & McDonald di kota Makkah?
48. kisah keluarga doctor bersama anaknya berazam untuk mencium hajar aswad
49. saat akhir di tanah suci Makkah
50. seorang jemaah Al Durra dari miri, Sarawak meninggal semasa pulang ke hotel selepas solat subuh
51. demam dan batuk di Mekah
52. pentingnya isteri bila membuat kerja haji bersama dan sebaliknya.
53. kalau ada kemampuan – lebih baik duduk berdua suami & isteri sebilik semasa di Madinah & Mekah
54. farmasi bergerak
55. perjalanan ke arafah
56. saat berada di Arafah
57. saat berada di mudzalifah
58. saat berada di Mina – belajar tajwid bersama dgn haji baharin
59. melontar di hari pertama tanpa haji hilmy
60. berjalan kaki dari Mina ke Mekah
61. bertemu dengan mama Juwie di Mina
62. bertemu dengan novelis Negara A samad Said di Arafah
63. rakan kerja juruterbang MAS meninggal di Arafah
64. abang Datuk IM dan lawaknya – pengalaman dia sebelum sampai ke Tanah Suci untuk menunaikan Fardu Haji.
65. bertemu dengan jemaah dari UK – saudara Aziz dan sahabat
66. jemaah Indon yang membayar lebih dari jemaah Malaysia tapi mengidap di hotel yang terletak lebih 7 km dari mesjidil haram – berulang-alik dengan menaiki bas. Sehari suntuk di dalam mesjid dan kadang2 bermalam di dalam mesjid dan sekitarnya pasal tak mahu terlepas solat subuh.
67. perbezaan usia jemaah indon & Malaysia
68. belajar buat Teh Tarik di Mekah.
69. bertemu jemaah dari China di rooftop mesjidil haram
70. di tegur oleh Hafiz dari Iraq semasa membaca Al-Quran di tangga turun ke Kaabah
71. membeli madu (asal) yemen asli di kedai jam – pelik tapi benar
72. bersahabat dengan pencuci lantai dari indon di mesjilil haram di Makkah
73. pencuri di tangkap semasa tengah sembahyang Isyak di dalam Mesjidil haram.
74. doa yang dimakbulkan sebelum berangkat ke Mekah – pengalaman haji azhar & hajjah mazlina
75. pasangan pemilik firma guaman yang ber-ibupejabat di Penang, pasangan arkitek terkenal & isteri dari KL, pasangan wakil IIM, UN & isteri dari KL dan pasangan Usahawan Muda dan isteri akhirnya bertemu untuk makan tengahari yang di taja oleh TBP di hari terakhir semasa Mekah sebelum berangkat pulang Ex Al Durra melalui Jeddah dengan menaiki bas.
76. Tawaf Widaq
77. selamat tinggal al durra!
78. kesannya hingga kini – Pasca Haji ?







Sunday, January 9, 2011

Interesting Week of the month Jan 2011 !

Had a good week of the month.

met couple of interesting people in Bangi, Shah Alam, Port Klang, Sg Buloh & Salak Tinggi. Closing for the week with customers over golf - had 2 birdies & couple of pars. could have been better if had consistence practice @ driving range. Target to do well over 2011 Mercedes Trophy :D

quite a number of projects are in the pipeline - to be explored & executed if found viable.

Amirah will be sitting for her Semester 1st Tests as of tomorrow until 13th Jan 2011. Guess she is well prepared for the upcoming tests! her mummy & ayah will sure pray for her success.

Saturday, January 8, 2011

Life is Wonderful !


We shall begin from here ok.
if you notice, the above signage can be found almost in every road within Georgetown city centre. But its utilization & purpose is rather questionable except aZul is now exploring the rationale behind this healthy signage - let's explore together...


Monday, January 3, 2011

The New Beginning just starting...

What a Great Day to start with!

We're celebrating our 20th Anniversary in Georgetown - unbelieviable.

Alhamdulillah & MasyaAllah - no words could describe my feeling at the moment - speechless & undescribable whatever...

Saturday, January 1, 2011

2011 will be so special to me privately & professionally. More to come after so long being away from blogging.

wish everyone a wonderful & prosperous New Year!