Sekian lama membisu tanpa berita. Perjalanan logistician macam saya ni bersama dengan syarikat gergasi memang mencabar. Jiwa & raga dicurahkan demi menjaga reputasi & prestige dan macam-macam gimik perdagangan.
terfikir untuk membuat sesuatu yg berbeza sempena sambutan maal hijrah 1429 tahun ni. malam tadi sempat berjemaah magrib di masjid kilang lama kulim. lepas sembahyang ad tazkirah oleh al ustaz illias zakaria, bekas pengarah pusat islam USM. dulu biasa jumpa kat masjid usm dalam kuliah subuh, tazkrah ramadhan lepas sembahyang tarawih. pernah juga hadhir dalam bengkel rumahtangga bahagia dsbnya. pendek cerita, ihsan ini amat istimewa kerana ilmunya.
antara intipati ceramah beliau, kita kena berhijrah ke-arah kebaikan dunia & akhirat secara individu, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada yang lebih besar lagi dalam kontek kenegaraan & globalisasi - contoh Allahyarhamah Benazir Bhutto di bunuh baru-baru ini menggambarkan betapa ceteknya & lemahnya masyarakat islam dunia pada waktu ini. lebih-lebih lagi bila usia dah meningkat ke 40an. Rasullulah saw pernah berkata kepada sahabat2 beliau, sekiranya ada manusia masih tidak berubah setelah mencecah usia lebih 40an, tangkap dia, lepas tu campak dalam api! maksud baginda, baginda mengambarkan kekecewaan beliau apabila umatnya gagal untuk berfungsi untuk menjadi role model yg baik sesama insan.
Ada empat soalan akan di-tanya oleh malaikat sebelum jasad kita dikebumikan di dalam kubur. yg pertama, Allah swt telah bagi kita umur, apakah pengisian yg telah kita buat dari kita lahir sampai kita menghebuskan nafas kita yg terakhir? ke-2, Apa yg telah kita buat semasa usia muda kita antara 20an ke 3oan? ke-3, Allah swt telah memberi sedikit ilmu kepada setiap insan di dunia ini. Apa yg telah kita buat dgn ilmu yg kita ada tu ? dan yg ke-4, Allah swt telah memberikan kita rezeki, segala nikmat hartabenda, wang ringgit dan macam2 lagi. Daripada mana kita perolehi hartabenda & wang ringgit tersebut. semua ini kita kena jawab sebenarnya sebelum kita dikebumikan lagi. Ini kes berat beb. Kena buat sesuatu yg serious!
The moral of the story, sebenarnya, saya sedang mengumpulkan sedikit sumber untuk tidak terikat dengan aktiviti2 materialistik routine saya lebih kurang 20 tahun yg lalu. Mungkin dalam masa terdekat ini staying away for 3 to 6 months doing some freelancing works at my own pace. Reflecting the things i have been doing so far. Is it really worth it to continue. Renew my close relationship with my parents, wife, only daughter, friends & sahabat etc.
So, hang nak buat apa ?
to be continued...
No comments:
Post a Comment