Tak macam saudara Teddy Bear dan Untie dia yg kat Danau Desa tu, entry saya memang teramat jarang walaupun mempunyai terlalu banyak plan tapi masih tergantung. Contoh yg paling ketara, saya tahun ni dapat kad hari jadi yg amat istimewa dari yg tersayang. Memang saya plan nak coretkah ucapan & doa isteri saya sempena hari jadi saya yg ke-43. Dah masuk 40an rupanya. Tak sangka je... rasa macam mimpi di siang hari.
Here we go !
Bismillahirahmanirrahim (di tulis dalam jawi)
Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash,
Berikan aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang membimbing tanganku ketitianMu,
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu,
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.
Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu,
peliharalah tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya.
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu,
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
kurniakan lah aku kekuatan MU untuk aku membetulkan keadaan.
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandu lah aku untuk menrik dirinya keluar dari terus terlena.
Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi cubaan Mu
Jadilah aku isteri yang disenangi suami
Bimbinglah aku menjadi isteri soleha
Ya Allah Ya Tuhan ku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa di hati suami
Amin, amin Ya Rabbal Allamin......
(Doa dari seorang isteri khas untuk suami yang dikasihi sempena hari lahir yang ke-43)
Secara peribadi, saya teruja & terharu dengan ucapan & doa isteri saya yg tersayang. Semoga Allah swt memperkenankan hajat puan NYY - Insha Allah.
No comments:
Post a Comment