Sunday, July 13, 2008


Salam dari KM Resort, Georgetown, Penang !





Sebelum saya ingatkan semula “posting” yg telah hilang kelmarin, tengahari tadi saudara Azul bersama isteri dan kakak iparnya telah berpeluang menyaksikan secara langsung untuk pertama kalinya persembahan biola anak bertuah dari KM Resort di New World Penang sempena dengan program pelancaran rasmi “I love Penang Brand”.

1. Anak Bertuah

Wow, tak sangka saudari Liyana sudah menjadi semi-pro – persembahan yg menghiburkan dan sudah pasti boleh diperbaiki lagi ke arah full fledge professional violinist di masa depan. Syabas to Liyana and keep up your good work ! On a serious note, stay focus on your first love to excel in you studies en route to your Medical course in India. The same place where Dr Sheikh Mudzaphar, the first Malaysian astronaut did his MBBS. We love you baby… J

2. Kursus Haji @ Mesjid Negeri


Pagi tadi, telah menghadiri kursus haji yg terakhir di Mesjid Negeri bersama sleeping partner saya. Secara tak rasmi, kalau tiada objection dari pihak Café @ The Lui, kita telah melantik saudara Sheikh Tawfeek Bajneed sebagai Ketua Rombongan (KR) sepanjang perjalanan ke Mekah nanti sekiranya dimaqbulkan hajat kita semua untuk menunaikan Rukun Islam yg kelima penghujung tahun ini. Semasa tea break bersama saudara KR pagi tadi, ada sedikit tazkirah berkisarkan isu entry Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr M semalam berkenaan “The Malaysian Social Contract” yg telah lama wujud semasa Negara di dalam proses mencapai kemerdekaan dulu. Kalau ada yang terlepas, sila semak balik dan bagi komen anda di demi masa depan Malaysian Malay yg lebih terjamin. Tugasan ini akan lebih bermakna jika saudara Izmil Amri yg baru kembali dari Perth tu dapat meluangkan sedikit masa untuk membuat analisa terperinci apakah genarasi yang sebaris dengan dia akan lakukan demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara yg bertuah ini ?

KR telah berpesan lagi pagi tadi agar semua jemaah haji dibawah jagaannya untuk mempersiapkan diri masing2 dari segi mental, fizikal dan tak lupa dari sudut persiapan spiritual. Pesanan khas kepada mereka yg ada lebihan berat badan untuk memulakan “Effective Weight Management Program” dari sekarang supaya badan kita lebih ringan semasa di Mekah nanti. “Doa, Doa dan doa banyak2” pesan KR semoga semua jemaah dibawahnya dimaqbulkan hajat mereka.

Menurut KR lagi, pihak Tabung Haji Penang akan menganjurkan dua sessi lagi iaitu Kursus Intensif & Kursus Perdana dalam masa terdekat ini secara berasingan di Penang untuk bakal2 haji yg telah disahkan akan berangkat ke tanah suci tahun ini. Tarikhnya akan diberitahu kelak – Insyallah.

Untuk makluman semua, bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal kami, saudara Azul dan pasangannya akan memulakan “Rapid Result Training Program (RRT)” di Celebrity Fitness Centre di Gurney Plaza, Penang mulai esok sehingga ke tarikh berangkat ke Mekah nanti sekiranya mendapat keizinan dari Yang Maha Esa. Program ini akan di pantau oleh saudara Yus, a trained trainer so that we’ll be doing the right things towards achieving the shared objective. Kepada sesiapa yang berminat untuk join-in, please do not hesitate to call us ok. Masa nya telah ditetapkan pada pukul 8am to 9am setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.




3. Warga Bebas dari “ 8.30am to 5pm daily routine”


Sebelum terlupa saya ingin memohon maaf kepada saudara dan saudari AYSA dan para bloggers yg ternanti-nanti entry saya sepanjang minggu lepas. Tak sangka pulak ada peminat di luar sana yg mengikuti perkembangan saya sejak kebelakangan ini J. Melawak je ya – saya pasrah di mana langit di pijak, di situ langit di junjung ! Perjuangan hidup ini masih jauh dari selesai…

Seminggu sudah berlalu sebagai warga bebas dari rutin 8.30 – 5pm memang menarik. Tiada lagi deringan telefon bimbit dan pesanan pendek (sms) dari pagi kadang2 berlarutan ke penghujung hari.

Biasanya di pagi Isnin saya akan menerima beberapa pesanan pendek pasal notis cuti sakit, cuti kecemasan dan sebagainya di kalangan warga Schenker Kulim. Yang herannya, saudara Azul tidak pernah gagal untuk ke pejabat terutamanya hari Isnin sebab padanya Isnin adalah hari keramat iaitu hari pertama untuk kita merancang tugasan untuk sepanjang minggu.

Sedikit latar belakang bagaimana keazaman yang membuak-buak timbul untuk keluar dari belenggu rutin 8.30 – 5pm.

3.1 Suatu hari ketika di berada di atas Feri dari Georgetown menghala ke Butterworth seterusnya ke Kulim beberapa bulan yang lalu.

Suara dalaman Azul bertanya „ Dah berapa tahun kau ulang-alik ke Kulim ni beb ? cuba kira dan mungkin kau terperanjat dengan angka yg kau dapat“

Sejarah silam lebih 8 tahun perjalanan ke pejabat biasanya bermula se awal 7 pagi. Hantar Liyana ke sekolahnya dulu sebelum bergegas ke Jeti untuk mengambil Feri atau kalau ada temujanji yg lebih awal, terus ke Jambatan Pulau Pinang menghala ke Kulim. Jarak perjalanan lebih kurang 100 km pergi dan balik secara puratanya mengambil masa 2 jam sehari.

Ianya akan melalui Bandaraya Georgetown, merentasi lautan, melalui dua lebuhraya bersama tiga Tol Plaza, sawah2 padi di selang-seli dengan Ladang Getah dan Kelapa Sawit sebelum sampai ke Kulim Hi-Tech Park (nama yang cukup sinonim dengan jiwa Azul dulu, kini dan selamnya).

Azul sebenarnya memang seronok dgn rutin ini lebih2 lagi apabila dapat berada di atas Feri awal pagi. Sesuatu yang anda tidak akan jumpa di mana-mana di Malaysia kecuali sekiranya anda tinggal di Penang Island dan bertugas di Seberang Perai atau sebaliknya. Kadang2 saya marah kepada orang2 Penang yg tidur di dalam kenderaan mereka sementara menanti Feri berlabuh. Pada saya, mereka ini tak sensitive langsung dengan kelebihan nature yang ada di persekitaran mereka. Orang2 KL akan lebih appreciative dgn benda2 macam ni like hell you know... sebab mereka di KL dari pagi hingga ke petang atau sepanjang hari akan hanya nampak kenderaan dan kesesakan serta di kelilingi dengan hutan batu sepanjang perjalanan mereka ke pejabat dan sebalikya.

Tak semena-mena, calculator dah pun berada di tangan saya . Nak tahu jawapannya? Ni dia beb :-

2 jam x 5 hari = 10 jam
10 jam x 52 minggu = 520 jam
520 jam x 8 tahun = 4,160 jam

Sekiranya kita membuat andaian dalam sehari kita mempunyai 8 jam masa yang produktif, maka kesimpulannya adalah seperti berikut :-

4,160 / 8 jam = 520 hari atau
520 hari / 365 = 1.4247 tahun atau = 1 tahun dan 5.0959 bulan

„The Moral of the Story“ sepanjang perjalanan pergi dan balik ke pejabat lebih 8 tahun lalu, tanpa saya sedari, saya telah bazirkan masa produktif saya selama setahun lima bulan lebih. Dan saya yakin ianya lebih banyak dari kiraan saya di atas sekiranya saya ambil kira masa saya berulang-alik dulu dari Port Klang / Penang selama lebih 4 tahun, waktu yg saya habiskan di padang golf bersama business associate saya dan sebagainya.

Tiba-tiba saya menjadi begitu calculative ke atas masa saya yg telah di ragut tanpa di sedari. Saya terbayangkan dengan masa yg terbazir itu, terlalu banyak benda2 yang produktif yg saya boleh lakukan seperti :-

i) Menjalin hubungan kasih sayang yang lebih rapat bersama pasangan saya – nyy adalah insan yang paling gembira dengan perubahan rutin saya setakat ini.
ii) Memantau kemajuan puteri tunggal kami secara yang lebih terancang.
iii) Merancang untuk menziarahi ibu dan ayah serta adik beradik yg dekat mahu pun yg jauh (walaupun ayah sudah tiada) lebih kerap sementara mereka masih ada.
iv) Merancang untuk lebih kerap menziarahi saudara-mara di sebelah pasangan saya dan saya sendiri sementara mereka masih bernyawa.
v) Lebih mengenali dan prihatin dengan masyarakat sekeliling saya
vi) Terus menjaga hubungan baik saya dengan sahabat2 perjuangan masakini dan masa depan dengan menziarahi mereka bila ada kelapangan.
vii) Lebih fokus dengan hala tuju profession saya sebagai Perancang Kewangan yg bertauliah yang berjaya di samping mempunyai beberapa rakan kongsi di dalam melaksanakan beberapa prospek projek perniagaan sediada dan masa depan.
viii) Ultimately, menjaga dan terus memperbaiki hubungan di antara hamba dengan PenciptaNya.





3.2 Masa itu Emas !


Rentetan dari event di atas, setelah bergelar warga bebas dari rutin biasa, memang benar lah firman Allah swt yg bermaksud :-

„ Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali kepada mereka yg beriman dan beramal soleh”

dari Surah Al-Asr;

Imbas kembali, saya insaf bahawa saya perlu banyak bermuhasabah diri ke arah mempersiapkan diri saya untuk lebih bijak menguruskan sisa-sisa kehidupan ini ke arah yang lebih baik. Dunia dan Akhirat…

Semoga Allah swt terus mencurahkan RahmatNya kepada kita semua…. Amin


3.3 Last week was well spent

To be honest, surprisingly, it was one of the busiest week I ever had in 2008 despite of the fact I was out or my normal routine.

Meeting few prospects both locally and internationally.

All-in-all, it was indeed quite satisfying week and looking forward to continue the momentum many weeks to come.

The key thing I have found was, the time spent was well balanced privately and professionally + the time was within your control !


4. The Beginning of “Financial Planning Program” designed for The Family of Yusal, Arham and AYSA !

Demi menyahut cabaran Puan Shahdee tempoh hari, I’m delighted to present a brief understanding on what Financial Planning is all about ?

4.1 First thing first, learn to live well below your means because Financial Planning is not a quick way to wealth.

4.2 A complete Financial Plan must dovetail the initiatives for an in-depth understanding over the following subject matter :-


4.2.1 Wealth Protection
4.2.2 Wealth Accumulation &
4.2.3 Wealth Distribution


Coming soon – Saudara Azul akan membuat posting yg lebih kerap on this special subjects within next few weeks - Insyallah.

Please be guided that as of 14th July 2008, Azul’s mobile # will change to + 6 012 385 7161 and email address will be at azul@e2ju.com

Until then & Stay Tune !

3 comments:

~dee~ said...

ha tu dia!!!
luahan seribu bahasa setelah lama membisu... will keep visiting azul cafe for more interesting reading and financial tips ;-)

aZul said...

Thanks & Insyallah Puan Shahdee...

Anis Yusoff said...

ha...macam ni lah baru bagus. sekurang-kurangnya dapat juga kita mengikuti perkembangan orang yang bebas dari contract antara employer dan employee. AY sekarang ni pun bebas dgn masa sendiri cuma buat sementara waktu but I'm enjoying managing my own time. All the best!