Saturday, April 19, 2008

Tuesday, April 8, 2008

Tak macam saudara Teddy Bear dan Untie dia yg kat Danau Desa tu, entry saya memang teramat jarang walaupun mempunyai terlalu banyak plan tapi masih tergantung. Contoh yg paling ketara, saya tahun ni dapat kad hari jadi yg amat istimewa dari yg tersayang. Memang saya plan nak coretkah ucapan & doa isteri saya sempena hari jadi saya yg ke-43. Dah masuk 40an rupanya. Tak sangka je... rasa macam mimpi di siang hari.

Here we go !

Bismillahirahmanirrahim (di tulis dalam jawi)

Ya Allah

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash,
Berikan aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang membimbing tanganku ketitianMu,
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.

Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu,
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu,
peliharalah tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya.

Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu,
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
kurniakan lah aku kekuatan MU untuk aku membetulkan keadaan.

Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandu lah aku untuk menrik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah...

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi cubaan Mu
Jadilah aku isteri yang disenangi suami
Bimbinglah aku menjadi isteri soleha

Ya Allah Ya Tuhan ku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa di hati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin......

(Doa dari seorang isteri khas untuk suami yang dikasihi sempena hari lahir yang ke-43)

Secara peribadi, saya teruja & terharu dengan ucapan & doa isteri saya yg tersayang. Semoga Allah swt memperkenankan hajat puan NYY - Insha Allah.

Friday, March 21, 2008

Agak lama terleka setelah menunaikan tanggungjawap warga Malaysia pada 8 March yg lalu. Rasa macam mimpi je... sedih ada, seronok pun ada. kekadang geram jugak bila mamat2 yg baru dapat kuasa yg kat Georgetown tu, melatah macam "kera dapat bunga". Anak rilek je, bapak pulak kecoh. Last sekali, itulah hakikat orang2 politik.

Hey, kelmarin dapat buku "Politik" yg telah di-edit oleh saudara Anis Yusal Yusoff. Many thanks for the book & our short stay at your Desa Danau Resort!

Not forgetting to wish again Anis' beloved wife "Selamat Panjang Umur", semoga penghidupan Puan Shahdee diberkati Allah swt dan akan lebih berwarna-warni bersama suami tersayang. We shall celebrate one more round her special day during their next trip to Pen @ Jemputtree, new hang-out happening :"giler" here in Georgetown - I tell you :). Kalu budak UiTM tu balik KM, boleh ikut sekali.

Sempat juga membuat bedah siasat pasca PRU2 bersama komentar politik tanahair dari IIM hingga pukul 3 pagi ditemani bersama isteri2 yg sorang tu terlena... maksud saya Puan Noorlida Yusal zzzzzzzz... overall input yg bernas yg patut di sampai kan kepada PM kita agar dia tidak lagi lena dari igauan Jin nya.

To be exact, visited Janda Baik last weekend - looking for land but still pre-mature for decision whether deal or No deal.

To be exact, was reminded by AYY during my last trip to KL as to why my blog was never updated for a while. Thus, kuatkan semangat so at least, my blog is still alive... :)

Thanks again to Brother Anis & Puan Shahdee - God Bless...

Wassalam.

Friday, March 7, 2008

8 March 2008 ! Hari ini dalam sejarah...

Gembira dan terharu bila Karpal Singh yg berkerusi roda dgn anak dia yg bertanding Adun Datuk Keramat datang melawat kami untuk meraih undi di KM Resort petang tadi. Kebetulan waktu tu ada kat rumah. Sempat wish All The Best to both of them & assured them they sure get full support from us. Cuma tak sempat ambik gambar dgn dia orang. Kalu tidak boleh post gambar tu dalam blog ni - baru lah thril sikitkan :)

Sebenarnya dua hari lepas confused tak tahu apa nak pangkah hari sabtu ni?

Lahir kat PJ, sekolah pun kat pj, besar kat kg medan sebelum ke ITM., shah alam. masa belajar kat ITM, ayah beli rumah kat Shah Alam.

Kerja kat KL 2 tahun lebih lepas belajar. lepas tu gatal nak pindah penang - asked for transfer, konon nak cari pengalaman baru. sangkut dgn anak mami terus bernikah... alhamdulillah dah jodoh beb...

beli rumah pertama kat perai & terus daftar jadi pengundi. rumah tu pun dah jual. Dari PJ, tapi mengundi di Perai ??? jauh nye...

La ni dok georgetown, kerja Kulim Hi-Tech. Bila check SPR online, kena undi untuk DUN Perai & Parlimen Batu Kawan.

Bila semak sejarah undi pilihanraya lepas saya, BN & DAP sama-sama dapat undi yg sama setakat ni.

Dua hari lepas, member ajar niat undi untuk esok, sahaja aku keluar barisan, naik roket ke-bulan demi keadilan. Menarik jugak...

Bagi tahu kat isteri saya yg telah pun saya racuni fikirannya, esok akan ke khemah BN, nak mintak ongkos untuk buat belanja balik ke PJ sebelum mengundi. Dapat setengah dua ratus pun ok lah, sebab dapat maklumat geng kelantan di KL dapat RM 300 untuk belanja balik mengundi ke kelantan.

tapi yg pasti, angin perubahan masih kukuh untuk adun perai dan parlimen batu kawan.

sayonara ketua menteri pulau pinang...

maafkan saya atas keterlanjuan budak PJ ni yg di beri peluang mengundi di kawasan tuan yg bergelar batu kawan tapi dah bertukar menjadi "batu tak kawan"

:)

Wednesday, February 27, 2008

Berakhirnya sebuah kehidupan...





Al-Faatihah !

pada 24 Feb 2008 bersamaan 17 Safar 1429H, menjelang subuh lebih kurang 6.05 pagi, ayahanda yang kami kasihi Hamzah Shamsudin Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Hamzah Kubur di kalangan sahabat2nya di khariah Masjid Azhariah telah pergi menyahut seruan Illahi buat selama-lamanya.

Terima kasih di atas ucapan2 takziah yg tidak putus2 kami terima sejak hari pertama pemergian Allahyarham sehingga ke hari yg ke-4 hari ini. Terima kasih yg tak terhingga kami ucapkan kepada semua yang telah meluangkan masa menziarah jenazah Allahyarham serta mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham. Terima kasih kasih yg tak terhingga juga kami ucapkan kepada jemaah masjid Al-Azhariah terutamanya Tuan Haji Md Nor yg banyak membantu di dalam menguruskan jenazah & menyediakan ruang ziarah untuk tetamu yg datang dari dekat dan jauh. Urusan mandi jenazah di ketuai oleh Haji Hamzah Wasa amat kami hargai. Kenduri tahlil di Masjid dan di rumah Allahyarham yg dihadhiri dengan ramainya membuat kami sekeluarga yg mewakili waris Allahyarham merasa amat terharu sekali ! Hanya Allah swt saja lah yg akan membalas jasa baik tuan-tuan semua. Sesungguhnya jasa baik tuan2 semua akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.

Allahyarham berusia 73 tahun 6 bulan dan 24 hari meninggalkan seorang balu, 7 anak (4 lelaki dan 3 perempuan) dan 4 orang cucu (3 lelaki dan seorang perempuan).

Satu-satunya anak lelaki kepada seorang novelis dan pejuang kemerdekaan era Sukarno di Indonesia dan pasca kemerdekaan di Malaya Allahyarham Shamsudin Salleh atau Sham ini (sila rujuk Biografi berjudul "Wajah" oleh DBP keluaran awal 80an) telah dilahirkan di Kuala Pilah, NS pada 26 Julai 1934. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kuala Pilah sebelum bertolak ke Singapura untuk mengikuti kursus LCCI. Usia remajanya banyak dihabiskan di Singapura sebelum di panggil pulang oleh ayahandanya kembali ke Indonesia atas tugasan resmi ayahanda beliau.

Atas permintaan keluarga, beliau telah dijodohkan dengan gadis tempatan Arbajah Husin dari kepulauan Riau. Riau adalah antara kepulauan jajahan Indonesia di bawah pentadbiran Atuk Shamsudin Salleh berjawatan sama seperti Pengawai Daerah jika di Malaya pada waktu itu.

Setelah tamat tempoh perkhidmatan Atuk Shamsudin dan oleh sedikit krisis keluarga di Indonesia pada waktu itu (Atuk Shamsudin mempunya 2 isteri - yg sulung berasal dari Kuala Pilah, NS dan yg ke-2 dari Pekan Baru, Indonesia), Atuk Shamsudin dan isteri pertamanya Hajjah Rokiah Binti Nordin telah membuat keputusan untuk kembali ke Malaya bagi memulakan hidup baru.

Di sini lah juga bermulanya kehidupan baru insan yg bernama Hamzah bersama isterinya Hajjah Arbajah Husin bersama anak sulungnya Hazman di Malaya pasca kemerdekaan sekitar awal 60an.

To be continued & Wassalam...

Tuesday, February 19, 2008


Time to broadcast Stefan and his new girlfriend during my recent trip to Munchen.

You know what? He was saying to me he doesn't know how long this one will last... what a waste of time frankly speaking. He made a confession that he is not the type of man who could stick to just one woman. He wants more and has to be changeable ! as he gets bored to one very easily. Harap2 dia bukan gay ok...

Janganlah bagi minah Maria tu baca blog ni - confirm talak tiga :)

Mungkin Mamat Stefan ni ada Falsafah hidup yg berbeza dgn orang macam kita. Munkin dia treat wanita kat dunia macam :-

1. Neck upward - macam show room
2. Between waist and neck - macam play room

3. waist below - men's room


Akan bersambung... mungkin mamat ni terlalu banyak kemungkinan...
Wassalam,


Sunday, February 17, 2008


Yg ni pulak due to my wife personal request...


Kita orang dah buat keputusan will be there for winter holiday to tour Europe with the Mini end 2009...


sapa nak ikut boleh start simpan duit dari sekarang ok.


to be continued again...