12 Rabiulawal antara hari keramat umat Islam sedunia.
Ingat lagi masa tu baru nak kenal dunia di usia 12 tahun. Merayu kat arwah ayah belikan baju melayu sebab ustazah kata budak aZul telah di pilih untuk berhimpun dan berarak sambil membaca salawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW.
Rasanya Mak telah memainkan peranan besar dalam memujuk ayah membelikan baju melayu aZul. Maklumlah, raya lama lagi, top-top kena belikan baju Melayu baru kat budak bertuah yang sorang ni. Mungkin ayah rasa macam tak sedap hati pasal ada 4 lagi anak-anaknya yang juga layak untuk dapat baju baru.
Sampai hari, aZul pun menyarungkan baju Melayu putih dengan samping hijau barunya. Mungkin hari tu aZul perasan dialah remaja paling tampan di seluruh Malaya :D
Tak de kesan yang ketara di hati aZul semasa berarak waktu itu melainkan ada ramai orang berhimpun di padang. Lepas tu di beri makan & minum tanpa pengisian yang jelas.
Tapi yang paling penting sekali, sehingga hari ini aZul tidak akan lupa tarikh 12 Rabiul Awal adalah tarikh keramat lahirnya insan hebat yang telah membawa sinar ke alam maya ini.
kini aZul menyedari, setelah lebih 3 1/2 dekad, insan kamil ini perlu terus didekati dan difahami serta dikasihi dengan sepenuh jiwa dan raga. Bukan hanya sekadar berarak bila tiba hari sambutan kelahirannya.
Walaupun Kekasih Allah swt ini telah lama meninggalkan kita, namun khazanah peninggalannya perlu kita sama-sama cari & di amal semoga kita mencapai kejayaan di dunia & Akhirat!
Salawat & Salam untuk junjungan besar Nabi Muhamad SAW!
Al-fatihah bagi arwah-arwah semua terutamanya Allahyarham Haji Hamzah Bin Shamsuddin Salleh Bin Sabar.
No comments:
Post a Comment