Saturday, March 7, 2009

Malu Malu Kuching !

Dua minggu lalu saya perasan Ah Ching (kuching persian - jantan) yg di bela oleh adik2 saya di Shah Alam kelihata bosan dan macam kesorangan tanpa teman setelah menghuni di rumah arwah Ayahanda saya lebih enam tahun lalu.

Saya terus mencadangkan kepada isteri saya untuk mencarikan pasangan hidup untuknya dan dipersetujui oleh adik2 saya.

Semalam, kami telah pun menemui pasangannya bernama "Ashley" bersama-sama "Browney" di Serdang.

Sehingga semalam, baru saya faham pepatah melayu "Malu Malu Kuching" !

Kalau anda perhatikan gambar mereka, di tingkat bawah sekali hujung sebelah kanan, itulah Ah Ching (macam tak de apa2 je - buat muka selamba landnya). Si Ashley pulak, di tingkat bawah hujung sebelah kiri, cuba menarik perhatian Ah Ching tapi hanya melihat dari sisi belakang Ah Ching.

Si Browney yg cool tu berada di tingkat atas sekali merenung Ah Ching dengan penuh harapan tanpa disedari oleh Ah Ching.

Besan kami kata Ah Ching handsome giler beb... macam tak nak bagi dia balik Shah Alam dah.

Kami pasrah yg Ah Ching telah pun disatukan dengan pasangannya - sekali dua beb walaupun dikatakan sudah lanjut usia. Semoga dia berbahgia dan dikurniakan cahayamata yg cute2 satu hari kelak.

Keluarga Besan saya sempat berseloroh untuk memberi Ah Ching minuman Tongkat Ali agar Ah Ching sentiasa bertenaga.

Kepada keluarga besan kami, semoga menerima Ah Ching seadanya :)

Cheers !

Friday, February 20, 2009

kenangan semasa berada di Tanah Suci masih tebal higga kini. Tak tahu kenapa?

Monday, February 2, 2009

Damai itu lebih baik...

Many thanks to Brother Dr Haji Anis Yusal & Hajjah Shahdee for their recent trip to Pen. Appreciate your efforts & may the Almighty bless us all.

The crux of the issue was we tend put the blame on others and make negative assumptions most of the time, especially when things don't go our way.

The moral of the story, it's always wise to reflect (muhasabah diri) on ourselves and then embrace everything that comes to you gracefully. This way, we may live a longer & happier life.

We bet you are absolutely right for everyone to have a common ground on the openess to agree to disagree over issues but remains united as one.

Moving forward, we for sure need to communicate more effectively in the future with an open mind so that our energy can be focused to be more productive.

After all, life is too short to be wasted... & the fact is, we have far better things to do !

Thanks again & wassalam,

aZul & Hajjah Noorlida

Tuesday, January 27, 2009

Kami baru je pulang dari bercuti di Langkawi tiga hari lalu semasa coti Gong Xi Fa Cai.

Syok jugak pasal lama betul rasanya tak ke sana. Shopping giler beb...

Jadi sape2 nak rasa coklat terbaru, sila jemput ke KM sementara stok masih ada.

Wassalam,

hh

Saturday, January 3, 2009

We're 18



Syukur Alhamdulillah, today (4th Jan 2009), we're 18 already ! as if like a dream...

18 years had passed us with full of fond memories. What a colourful partnership life story.

On a serious note, we look forward for a more deep-down and intimate relationship for many more years to come...

May Allah swt bless all of us.

Bravo & Wassalam,

Monday, December 29, 2008



Alhamdulillah, kami telah selamat kembali dari menunaikan Fardu Haji pada 28 Disember 2008.

Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang boleh di kongsi bersama - Insya'allah.

Terima Kasih ke atas doa anda semua dan semoga kita akan bertemu lagi di lain siaran.

Wassalam,

Wednesday, November 12, 2008

Salam Korban !

Demi menyahut seruan Illahi, saya bersama isteri saya telah ditakdirkan menjadi tetamu Allah swt untuk menunaikan fardu Haji pada tahun ini bersamaan 1429 H / 2008 M.

Insya Allah, kami akan berangkat melalui Kelana Jaya malam ini dengan penerbangan KT42 terus ke Madinah.

Sebelum terlupa, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf Zahir & Batin sekiranya ada kekurangan dari pihak kami secara sedar atau tidak di sepanjang perkenalan kita. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah swt dan yg sebaliknya atas kelemahan kami berdua - antara insan2 yg lemah lagi hina di sisi Nya.

Doakan kami agar di beri tawfeek dan HidayahNya, kesihatan yang baik, kekuatan dan kemudahan yang berterusan serta sentiasa sabar dan tabah di sepanjang perjalanan kami menemui PenciptaNya yang Maha Suci.

Akhir Kalam, semoga semua jemaah haji Malaysia tahun ini menjadi contoh yang baik dan dianugerahkan dengan Haji Mabrur... Insya Allah.

Dengan izinNya, kami akan kembali ke tanahair pada 28 Dec 2008 - Insya Allah.

Wassalam,

Hazuli Hamzah
Noorlida Yusal Yusoff