

Percaya tak percaya, I was in Munchen, Dresden & Frankfurt from Feb 12th, to Feb 15th, 2008 on business cum leisure... to those people yg tak sempat nak bagi tahu, my thousands apologies sebab quite last minute plan so to speak. Left for Muchen on 11th Feb, ex Pen / Sin / Fra / Muc. and Back to Pen ex Muc / Fra / Sin / Pen on 15th Feb 2008.
Tiba2 dah ada kat Germany. The initial feeling macam tak nak pergi sebab keadaan ayah yg tak menentu. Lepas tu, tiket dah booked & satu Jerman pun dah tahu saya akan sampai Munchen on 12th Feb pagi for the urgent shipment! orang kat Dresden pun dah tahu over my arrival for a separate meeting - an hour flight from Munchen.
Adik angkat saya kat Munchen pun dah order macam2 barang untuk di bawa dari Malaysia hingga ke saat2 akhir. E... geram betul dgn mamat sorang ni. Dia order dari Milo, sabun Protex, jam berjenama mahal yg boleh di beli dari "petaling street" dan macam2 lagi. Last2, beli apa yg patut je pasal kesuntukan masa.
Minggu sudah ada kat Hospital Putrajaya melawat ayah yg nampak tenat. So, bila ada atas kapaltebang tu, ingatan tak menentu. Ada masa sedih, kalau apa2 berlaku, jauh beribu-ribu batu sebelum nak sampai balik Malaysia. Lepas tu, ada perasaan gembira nak jumpa customer & rakan sejawat kat Germany buat pertama kali. So, perasaan kali ni memang bercampur-aduk. Susah nak digambarkan dgn kata-kata.
Syukur Alhamdulillah, semua dah selesai, kerja2 & assignment ke Germany dah pun dah selamat pergi dan balik. Keadaan ayah bertambah pulih, mampu untuk mandi sendiri, makan secara sederhana dan berbual dengan anak2 di rumah Shah Alam. Semoga Allah swt memberi kami adik beradik kekuatan yg seterusnya dalam kami mengharungi kehidupan yg pasti bersifat sementara di dunia yg fana ini.
Untuk sebahagian gambar2 semasa berada di Munchen, Germany, jgn terkejut pulak sebab dia nampak macam pi holiday lebih dari buat kerja... :) biasa lah tu beb ! hasil bila kita ada adik beradik kat negara orang.
To be continued...






